Recent Posts

Thursday, November 10, 2011

PENGUMUMAN PENTING!!

Bismillahirahmanirrahim...


Teman,
Ini pesan untuk diri kita yang mungkin selalu lupa atau buat-buat lupa,
Pesan untuk diri sendiri dan teman-teman,
Solat jemaah tolong jaga, solat jemaah tolong jaga.
Kita marah kalau jamuan Reunion member lambat datang,
Tapi bila ramai yang liat jemaah, sikit pun kita tak bimbang.

Kita bersungguh tumpu riadah dan sukan,
Tapi waktu azan kita langgar tanpa segan.

Kita teruja ambil tempat paling depan waktu menonton ,
Tapi Tuhan offer pahala berganda di sof depan, kita sambut tanpa respon.

Kita cakap lentung-lentang / degu degar,
Tapi solat jemaah kita hambar.

Kita orang paling menonjol bual sampai tengah malam,
Tapi solat jemaah kehadiran kita tenggelam.

Teman,
dulu kita ingat orang awam sahaja sinonim tak jaga solat jemaah,
tapi ustat-ustat pun sama dengan ustazah-ustazah.

Ayat-ayat al quran lalu macam air di kerongkong,
tapi solat jemaah kita kosong.

Hadis-hadis macam bertih goreng di bibir,
tapi solat jemaah kita pinggir.

Teman, tak payah nak cakap pasal ummah dan besar-besar,
Kalau solat payah nak berjemaah dan jauh tersasar.

Teman, jangan terasa hati dan luka jiwa,
Teguran buat diri sendiri dan semua.

Solat jemaah bukan cerita dunia yang singkat,
Tapi cerita untuk bahagia di akhirat.

Teman,
Solat jemaah tolong jaga,
Sementara Tuhan bagi tempoh masa kita bernafas,

Solat jemaah tolong jaga,
Sebelum tiba satu masa kita berada PALING DEPAN DARI IMAM DAN PARA JEMAAH



-Copy & paste dari ustaz AzmanShah IbnAlias (fb)


-Digalakkan meng 'Add" beliau di FB.. sentiasa membuat status yang membawa kepada pencerahan


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."

( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )





"Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa" 3:133








Demi untuk terus memberi...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...