Recent Posts

Tuesday, November 29, 2011

Demi Sebuah Harapan


Bismillahirrahmanirrahim..


Demi sebuah harapan,
Pada ibu-bapamu,
Kau terus melangkah,kau terus mengejar,
Sebuah cita-cita,selautan impian,
Agar nanti,
Dapat melihat mereka tersenyum,
Dapat membalas jasa mereka.

Demi Sebuah harapan,
Pada adik-beradikmu,
Kau terus mencari,terus berusaha,
Menjadi entiti,memancar qudwah,
Agar nanti,
Mereka terarah,mereka terpandu,
Ke puncak kejayaan,menggapai bintang.

Demi sebuah harapan,
Pada guru-gurumu,
Kau terus belajar,kau terus memberi,
Segunung ilmu,selautan hikmah,
Agar nanti,
Ilmu itu,hikmah itu,
Tidak hanya pada ijazah,tapi dalam dadamu.

Demi sebuah harapan,
Pada sahabat-sahabatmu,
Kau terus menempuh,kau terus melakar,
Seribu lembaran,sejuta kenangan,
Agar nanti,
Tercantum ikatan,terjalin ukhuwah,
Yang takkan putus sampai bila-bila.

Lalu bagaimana dengan harapanmu pada Islam?
Apa yang telah engkau lakukan?
Apa yang telah engkau sumbangkan?

Lalu bagaimana dengan harapanmu pada keredhaan Allah?
Apa yang engkau telah amalkan?
Apa yang telah engkau jauhkan?

Kadang-kadang,
Harapan hanya tinggal harapan,
Kerana hakikatnya,
Realiti tidak seindah fantasi,
Maka,sandarkanlah harapan itu,
Hanya pada Allah,
Perdengarkanlah akan janji-janjiNya,
Perdengarkanlah akan Syurga-syurgaNya,
Pasti harapan itu,
Akan teguh kembali,
Hanya keranaNya……

Wallahua’lam



P/s: Hanya sedikit pencerahan daripada diri yang lemah ini...InsyaAllah 


Demi terus memberi…


2 comments:

  1. masyaallah..ya syeikh, rajin anta post entry..ley kate tiap hari ada entry terbaru..trus brusha memrtbatkan dakwah pena ;-).

    ReplyDelete
  2. ya Allah.... mana ada rajin... kalau ade benda yang terlintas, tulis sahaja kerana kita tak tahu mana yang terkesan di hati orang.... insyaAllah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...