Bismillahirahmanirrahim..
Tapi tidak dapat dinafikan ada kerisauan yang bertandang,apakah yang akan terjadi selepas ini? Tergambar kembali Muzahharot yang berlaku pada tahun yang lepas dimana kami semua telah dihantar pulang dalam Ops Piramid yang dilaksanakan kerajaan Malaysia.. Walaupun ketika itu kami sudah mendengar ura-ura yang mengatakan kami tidak akan dapat meneruskan pengajian kami di mesir,Alhamdulillah.. peluang masih terbuka untuk kami terus menggarap ilmu-ilmu yang ada di sini.. =)
Namun sekarang keadaan bagaikan kembali seperti dulu… tunjuk perasaan semakin menjadi-jadi… Terutamanya di Tahrir.. Alhamdulillah, kami yang menetap agak jauh daripada kawasan kejadian dalam keadaan yang agak selamat…InsyaAllah… Ada juga bapa saya menelefon kerana risau akan keadaan yang berlaku di sini…Tapi insyaAllah..selamat…

Muzahharot yang terbaru ini dipercayai kerana mereka(orang-orang mesir) ingin agar pilihanraya parlimen yang dirancang dilaksanakan dengan secepat mungkin…Dijangkakan pilihanraya parlimen akan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada 28/11/2011 dan pilihanraya presiden akan diadakan paling lewat pada 30/06/2012… Diharap agar semua dapat berjalan lancar, dan tunjuk perasaan ini tidak akan memberi impak yang buruk dalam proses pembelajaran kami di sini.. Risau kalau keadaan semakin teruk mungkin ops pyramid 2 akan dilaksanakan dan mungkin kami tidak akan dapat menghabiskan pengajian kami di sini… Baru tahun dua sekarang… jauh lagi perjalanan.. Banyak harapan yang perlu dipenuhi… InsyaAllah.. Allah tahu yang terbaik… Doakan kami semua di sini. =)
Gambar keadaan yang berlaku di medan tahrir [kredit]
"Demi terus memberi"
"Demi terus memberi"
No comments:
Post a Comment