Recent Posts

Tuesday, June 28, 2011

Hikmah jari telunjuk sebagai jari Syahadah...



  Assalamualaikum..

  Alhamdulillah…. Sudah berakhir sudah exam untuk subjek anatomy yang terkenal dengan banyakya bukunya dan kepayahannya…Rasa lapang sikit dada lepas da habis subjek anatomy(belajar pasal tulang dan bahagian2 dalam badan serta embryology)   walaupun pada hakikatnya subjek lepas ini iaitu physiology(belajar pasal proses yang berlaku dalam badan) agak menakutkan jugalah.. tapi walau apa pon rintangan, apa pon cabaran,dalam keadaan ringan ataupun dalam keadaan berat, teruskan juga, bak kata akram(rakan saya) =)


 (9:41” Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”)



Jadi kita berusahalah dengan bersungguh-sungguh, insyaALLAH dengan usaha+doa+tawakal….kita akan berjaya seperti janjinya..



(65:2-3 ………”Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah ,nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”)



   Di sini ingin saya kongsikan tentang satu benda yang saya temui yang pada pandangan saya amat menarik untuk dikongsikan…mengenai jari telunjuk kita yang juga merupakan jari syahadah kita ketika solat…kan masa kita solat kan, kita akan memgangkat jari kita semasa kita membaca syahadah ketika dalam posisi tahiyat..tak kiralah tahiyat awal ataupon tahiyat akhir…ada sesetengah orang,masa tahiyat tu dia menggerak-gerakkan jari dia(macam orang arab dan orang afrika)…dikatakan mereka tulis kalimah ALLAH dengan jari tu…tapi sah je…untuk mengangkat jari masa membaca syahadah ni bukanlah salah satu daripada rukun solat, tapi kerana sabda Rasullullah yang mafhumnya, “solatlah sepertimana kamu melihat aku bersolat”… maka kita laksanakanlah untuk ke  arah kesempurnaan solat..walaupun Nampak macam kecil,tapi mungkin atas dasar ini solat kita diterima…...Ada abang yang menjadi rujukan saya mengatakan, ada pendapat yang lebih kuat mengatakan ketika mengangkat jari syahadah itu lebih elok kita membengkokkan sedikit jari kita seperti gambar dibawah… dan tidaklah lurus semata-mata…



 jika di pihak pembaca ada perkara yang mahu dingkosikan mengenai perkara ini amatlah dialu-alukan di ruangan komen=).. mungkin ada di pihak pembaca yang lebih mengetahui...


  Jadi,apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah apa yang ada pada jari telunjuk kita ini sehingga dipilih sebagai jari syahadah kita…yang menjadi jari kesaksian kita kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W..?Apa keistimewaanya?



  Untuk pengetahuan semua, kesemua jari tangan kita selain ibu jari, pergerakan menegakkannya dilakukan oleh extensor digitorum..

Extensor digitorum

  Tetapi, di antara jari telunjuk,jari hantu,jari manis dan jari kelingking.. jari telunjuk yang paling kuat pergerakan menegakkannya(extension)…kerana pada jari telunjuk terdapat dua tendon yang menggerakkannya iaitu extensor digitorum dan juga extensor indicis yang di mana tidak terdapat pada jari2 yang lain..



  Walaupun di jari kelingking juga ada tendon tambahan (extensor digiti minimi), tetapi attachmentnya tidak menyeluruh kerana ia hanya insert di proximal phalange(tidak sampai hujung jari)…
“Its tendon runs through a compartment of the dorsal carpal ligament behind the distal radio-ulnar joint, then divides into two as it crosses the hand, and finally joins the expansion of the Extensor digitorum communis tendon on the dorsum of the first phalanx of the little finger.” (Wikipedia)

Extensor digiti minimi

  Manakala, jari telunjuk pula (extensor indicis) mempunyai insertion yang lebih menyeluruh sehingga ke penghujung jari(distal phalange).. yang mampu menggerakkan keseluruhan bahagian jari...



  Dan, diantara 4 jari ini, jari telunjuklah yang paling kuat atas sebab-sebab di atas tadi yang melambangkan teguh serta kukuhnya pegangan syahadah kita yang merupakan rukun islam yang pertama...



  Selain itu, dua tendon yang menegakkan jari syahadah kita (extensor digitorum dan extensor indicis) juga melambangkan dua kesaksian kita dalam syahadah kita iaitu kepada  1:Allah dan  2:Rasulullah.."Sahaja aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"..



  Di sini kita dapat melihat, ada hikmah mengapa  jari telunjuk yang dipilih sebagai jari syahadah kita..Sesungguhnya setiap kejadian Allah itu terkandung rahsia yang tersembunyi.. dan tugas kitalah untuk mengkajinya....insyaAllah..



  Wallahua'lam...

   p/s:maaflah,lama tak update blog, tengah exam sekarang ni, minta didoakan..=)

  




 


Friday, June 17, 2011

Senjata paling kejam israel dan amerika..




The White Phosphorus
falluja Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Bom fosforus putih dilepaskan ketika Amerika menyerang Fallujah
2nw3k35 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
pic.php  Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Fosforus putih bukanlah senjata baru, malah ia sudah digunakan sejak Perang Dunia lagi.
.
Bagaimana ia berfungsi?
Ia akan bereaksi (chemical reaction) dengan oksigen, dan akan terbakar apabila dengan sendirinya di udara
4553478993 c40273310d z 300x195 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
ATT860434 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Maka apabila terkena manusia, mangsa seolah-olah dipanggang terus hingga ke tulang. Gas yang dilepaskannya juga beracun. Apabila bom tersebut dilepaskan, ia akan menghasilkan debu-debu putih yang berterbangan (jangan keliru antara asap dengan debu). Apabila kulit anda terkena debu putih tersebut, kulit anda akan melecur secara tiba-tiba. Fosforus putih mampu membakar kulit dan daging anda terus sehingga menampakkan tulang.
israeli phosphorus bomb victim Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
white phosphorusbone Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
37hidden civilians Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
white phosphorus Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
hvidfosfor3 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
phosphorus bomb victim1 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
phosphorous victims Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
ogrish dot com israel lebanon conflict victim3 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
gaza new weapon molten head Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
white phosphorus victim afghanistan Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
White Phosphorus victim Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
white phosphorus41 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Depleted Uranium
Ini juga bukanlah senjata baru. Ia telah digunakan oleh Amerika puluhan tahun dahulu.
Sebenarnya Depleted Uranium bukanlah sebuah bom atau peluru, sebaliknya ia adalah logam yang di”attach” sekali dengan mana-mana peluru dan bom yang sedia ada. Kesannya, peluru tersebut mampu menembusi besi-besi yang keras dan tembok-tembok yang kebal.
a23b3823feffc0a0398224c49a50 medium Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
uk iraq depleted uranuim.n Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Depleted Uranium Mortar Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Depleted Uranium diletakkan dimuncung sebuah mortar
depleted uranium penetrator Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Namun, Uranium yang digunakan itu tidak berhenti di situ sahaja. Ia mampu meninggalkan sisa berradioaktif yang mampu merosakkan tubuh manusia, sama ada mati atau cacat. Malah kesannya lebih teruk kepada janin yang masih berada di dalam perut ibunya (proses perkembangan janin terganggu akibat sinaran radioaktif menyebabkan bayi akan lahir dalam keadaan yang sangat teruk).
Kesannya terhadap manusia boleh dilihat apabila kebanyakan bayi yang lahir di Iraq selepas pencerobohan Amerika lahir dengan kecacatan yang begitu teruk sekali. Kadar kecacatan adalah begitu tinggi.
Gambar-gambar di bawah adalah kesan apabila sel badan manusia berubah apabila terkena pancaran radioaktif daripada Uranium.
depleted uranium baby Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
baby Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Depleted Uranium Baby.2 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
baby with 2 faces Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
DEPLETED URANIUM AFGANISTAN CHILD SMALL WEB COMPRESSED Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
depleted uranium1Adobe Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
999prologic999 babyalienfromkidzworlddotcom Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
DUbaby Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
news image.jhtml Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
du baby Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
DU baby 1000 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
No Child Left Behind Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
No Child Left Behind???
Inilah yang dilakukan oleh para pengganas dunia yang sebenar. Mereka menguji senjata-senjata mereka ke atas kaum muslimin yang mereka jajah. Bayangkan bagaimana senjata itu terkena ayah anda? atau ibu anda? atau anda sendiri?
Bagaimana jika fosforus putih terkena kulit anda dan membakar daging anda terus ke tulang hidup-hidup?
Atau bagaimana jika adik atau anak anda lahir dalam keadaan cacat yang terlampau teruk?
sabda Nabi SAW yang bermaksudbarangsiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka.
.
–> 25  Fakta mengenai Israel. Klik sini untuk ke artikel tersebut


Sumber: Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/senjata-paling-kejam-israel-dan-amerika/#ixzz1PYTbsIGx

 Copy dan PAste sahaja...Untuk iktibar kita semua..InsyaALLAH.


untuk maklumat lebih lanjut.. copy link diatas=)

Monday, June 13, 2011

kenapa"نملة" bukan "نمل"?

   Semut? Apa yang ada pada semut? Dan memang semut dalam bahasa arab pon dipanggil 'نمل'... Jadi kenapa?


     
  semut tengah minum air...haha...comel je den tengok=)



  Semut bersama rakan-rakannya...




   Jadi apa yang hendak dihuraikan di sini adalah tentang kisah semut bersama Nabi Sulaiman...Mesti ramai yang pernah dengar cerita ini kan?Nak dijadikan cerita,ketika itu,Nabi sulaiman bersama bala tenteranya sedang menuju ke suatu tempat dan Nabi Sulaiman bersama bala tenteranya telah lalu di sebuah tempat yang digelar lembah semut... di dalam surah AN-Naml...


   27:17 "Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya dari jin,manusia dan burung.lalu mereka berbaris dengan tertib"


   27:18"Hingga ketika mereka sampai di lembah semut,berkatalah semut,Wahai semut-semut..Masuklah ke dalam sarang-sarangmu,agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedarinya"


   Jadi, apa yang saya hendak tekankan di sini kenapa dalam 27:18, perkataan "نملة"(muannas=untuk perempuan) yang digunakan .dan bukannya "نمل"(muzakkar=untuk lelaki)..   haa...yang ni kene tengok Al-Quran...mari kita lihat sama-sama...lihat pada semut yang memerintah semut2 yang lain untuk berlindung..   
" نملة" kan...bukan "نمل"....betul tak?


   
  Sedangkan   Bukankah sudah menjadi lumrah… yang lelaki akan menjadi ketua, penghulu,mahupun raja… Yang jantan akan menjadi ketua sepertinya singa yang digelar raja rimba dan tidak kurang juga helang yang digelar raja udara…dan sudah terbukti dalam kebanyakan catatan sejarah, lelaki yang akan menjadi ketua..tidak payah mencari contoh yang jauh.. kita lihat sendiri…sirah-sirah nabi-nabi kita…semua nabi yang diutuskan pon dalam golongan lelaki…untuk menyeru, untuk menyebarkan dakwahnya, untuk menjadi ketua…dan tidak pernah pula kita mendengar nabi/rasul dari golongan wanita kan??jadi kenapa tak guna "نمل"?


      Secara logiknya.. Mestilah lafaz"نملة" yang harus digunakan,sepertimana yang kita baru  tahu pada zaman ini kan semut ketuanya adalah yang betina(RATU)....jadi,haruslah RATU semut tuh yang mengarahkan anak-anak semutnya supaya pergi berlindung.. dan bukanlah "نمل" kerana yang ketua di sini adalah yang betina yakni ratunya " نملة"...inilah gambar ratu semut=).. comel tak?








   Jadi, mesti kita rasa takjubkan bagaimana Al-Quran itu sendiri begitu teliti penggunaan kalimahNya... dan ini juga salah satu dari keajaiban Al-Quran yang memang terkenal dengan penghuraian ilmu yang jauh lebih awal daripada yang ditemui saintis-saintis sekarang....kalau bab2 semut ni,zaman dulu sapa yang boleh bezakan jantan ke..betina ke? mana satu raja?...mana satu ratu.?... tetapi Al-Quran secara spesific telah menggunakan istilah yang betul dalam menerangkan cerita ini.. kalau sekali pandang ayat ni mesti tak perasan kan...jadi, itulah pentingnya mengkaji Al-Quran.. InsyaAllah KIta akan berjumpa dengan lebih banyak keajaiban...ilmu itu amat luas dan perlukan pengkajian, 


."2;255:.........Dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNYA,melainkan apa yang DIA kehendaki........"

  Bukankah Al quran,kalamullah  lebih dahulu mengetahui=)..






 WallahuA'lam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...