Recent Posts

Tuesday, September 20, 2011

With Great Power,Comes Great Responsibility...




   Bismillahirrahmanirrahim...


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)




   Teringat kepada filem spiderman yang satu masa dulu amat-amat sangat ku minati... kira sama taraf la dengan batman,pokemon,digimon,power rangers dan yang sewaktu dengannya ...haha... biasalah budak-budak... teringat kepada ungkapan pakcik ben kepada peter parker pada hari sebelum pak cik ben dibunuh yang peristiwa ini telah menjadi titik tolak bangkitnya keperwiraan spiderman....




"With Great Power, Comes Great Responsibility"



Apa yang dapat dikaitkan alam kehidupan ini melalui istilah ini adalah sejauh mana kita menjalankan  
tanggungjawab kita sebagai seorang 'pemimpin'.. Tidak hanya terhad kepada skop tanggungjawab seorang perdana menteri memimpin negaranya atau kepimpinan seorang ketua kepada anak-anak buahnya hadith di atas menerangkan dari sekecil-kecil tahap kepimpinan sehingga ke sebesar-besar tahap kepimpinan.. dari tahap seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat sehingga kepada
tahap seorang hamba... begitu halusnya penelitian islam dalam bab kepimpinan ini...

Hal ini kerana kepimpinan itu merupakan satu amanah kepada kita dan bagaimana cara kita 
melaksanakan amanah ini akan memberi kesan kepada orang lain....kalau kita tidak melaksanakan 
sesuatu amanah dengan  baik,kita tidak hanya memberi kesan yang buruk kepada diri kita bahkan juga kepada orang lain.. Dan dalam banyak perkara semuanya kembali pada diri kita sendiri sama ada mahu melaksanakannya ataupun mensia-siakannya...





Begitu juga dengan pensyariatan kita sebagai khalifah....

"Dan (ingatlah)ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat," Aku hendak menjadikan Khalifah di bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di 
sana sedangkan kami bertasbih memuji-MU dan menyucikan nama-MU?" Dia berfirman,"sungguh,aku 
mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." Al-Baqarah 2:30


Sebagai Pendakwah..
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh membuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"

Ali-Imran 3:104



Kalau yang lelaki tu,sebagai pelindung kepada perempuan..

"Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka 
(laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan)....................."
An-Nisa' 4:34

Ayat-ayat di atas adalah diantara contoh-contoh tanggungjawab yang dirakamkan sendiri Allah di dalam 
Al-Quran sebagai panduan kepada kita...Sedarlah, semakin jauh kita menempuhi hidup ini semakin banyaklah
beban tanggungjawab kita....Tapi jangan risau, Allah telah berfirman bahawa Dia tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita tanggung...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.........."
Al-Baqarah 2:286


Marilah kita sama-sama bermuhasabah, adakah kita telah melakukan semua tanggungjawab yang ditaklifkan ke atas kita... Pastinya ramai antara kita adalah dalam golongan pelajar...
Adakah kita telah melakukan tanggungjawab kita sebagai pelajar?
Bersungguh-sungguhkah kita?
Adakah kita menggunakan waktu-waktu kita sebaiknya?
Adakah kita mengambil manfaat sepenuhnya dari apa yang dapat kita pelajari?
Apakah?
Adakah?





Hanya kita mampu menjawabnya sendiri...sebab kita tak mampu nak menipu hati kecil kita
Mahkamah hati....

Bersaksilah... diri ini sendiri juga banyak mengabaikan tanggungjawab yang ditaklifkan tidak kiralah secara sengaja ataupun tidak sengaja...maaf kepada sesiapa yang terlibat... InsyaAllah mari kita berubah kepada yang lebih baik.... To be a better Khalifah at least to ourselves..


"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata,'Mengapa kamu menasihati kaum yang akan  
dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?' Mereka menjawab, 'Agar kami mempunyai  alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka
bertakwa."
Al-A'raf 7:164


Lihatlah...Nabi sendiri pon telah menyempurnakan tanggungjawab mereka sebagai alasan bagi mereka iaitu 
mereka telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan...
Alasan bagi mereka menghadapi Allah di hari pembalasan


Lalu, apakah alasan kita?
Renungkanlah...

Sunday, September 4, 2011

"عيد مبارك" Salam Raya dari Perantauan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa dapat juga kita bertemu Hari Raya Aidil Fitri yang padanya kita dianjurkan bergembira kerana dua hari raya ini yakni (AidilFitri dan AidilAdha) merupakan satu anugerah Allah bagi mengganti perayaan yang disambut masyarakat Mekah pada zaman dahulu..

 tatkala Nabi s.a.w. tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk Madinah mempunyai dua hari kebesaran di mana mereka menyambutnya dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu baginda bertanya mereka; "Hari apakah yang kamu sambut ini?". Mereka menjawab; "Dua hari yang kami biasa menyambutnya (dengan mengadakan permainan) pada masa jahiliyah". Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada mereka;
قَدْ أَبْدلَكمُ الله بِهِمَا خَيْراً منهما: يومَ الأضحْى ويوْمَ الْفِطْر
"Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah". (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dengan sanad yang soheh)


.. Jadi,tidak timbul konsep bersedih-sedih yang kronik kerana pada hari raya tak kisahlah di mana sahaja kita beraya... di Malaysia ke, di Amerika ataupon di Perancis.... Tapi sejak akhir-akhir ini Hari Raya sering sahaja dikaitkan dengan kesedihan lebih-lebih lagi setelah mendengar lagu Dendang Perantau ataupun lagu Dari jauh ku pohon maaf huhu....sedihnyaaaaa.... Ini jelas sangat bertentangan dengan konsep raya itu sendiri, jadi, mahu buat apa.?  GEMBIRALAH... =)


Macam mana mahu bergembira? Kalau di kampung tu boleh lah tolong nenek buat lemang, melawat sanak saudara, menghabiskan kueh raya,kacau dodol semua2 itulah... Tapi bagi yang tidak dapat beraya bersama keluarga tidak kiralah atas urusan kerja mahupun pelajaran, saya seru, kita carilah kegembiraan.. Bagaimana? Dengan menghidupkan suasana ziarah-menziarahi, cari open house,dah pergi open house orang, kita pula yang buat open house, masak sama-sama, makan sama-sama,jemput ramai-ramai... haa.. kan seronok bunyinya tu.


Sebab, setelah 2 tahun beraya di mesir ini, apa yang saya dapat lihat Arab-arab ini semua kalau masa raya ni, bawa keluarga mereka ke taman-taman(camping macam ala2 pengakap)  ataupun pergi bercuti (balik kampunglah tu)... Jadi hasilnya sunyilah kediaman kami di Hayyu sabi' dari kehadiran arab yang satu masa dulu semasa ramadhan tidak tidur sampai subuh bermain kejar-kejar dan mercun di luar rumah (budak2 kecil)
Cuba kita fikirkan, kalau kita tak laksanakan (ziarah-menziarahi dan open house) itu sendiri, tersangat-sangatlah bosan di sini...


Sebagai contoh,hari raya pertama beraya di arma(kedutaan Malaysia di Kaherah) lepas tu balik da tak taw nak buat apa dah.. tidur je laaa.. lepas tu buka Facebook sampai malam... penyudahnya, meriah kat facebook je la... walaupun pada hakikatnya, sangatlah bosan beraya di sini... huhu..Kesimpulannya, semuanya kembali pada diri kita sendiri mahu 'menghidupkan' atau 'membosankan' raya kita disini..


Sejujurnya, saya amat sedih Ramadhan kali ini meninggalkan kita, sebab Ramadhan di sini memang lagi meriah lah daripada daripada hari Raya itu sendiri.. Hal itu dapat dilihat sendiri, Bila hari Ramadhan itu datang,  macam-macam lampu menyala-nyala, Fanus(lampu macam tanglung) menerangi malam... Ramai-ramai pergi Tarawih...Jaulah Tarawih(sebab banyak sangat masjid di sini), jaulah mai'daturrahman, buka sama-sama, sahur sama-sama.... tapi bila raya itu tiba semua itu bagaikan diragut... tapi insyaAllah kita akan bertemu Ramadhan pada tahun hadapan...doa-doakanlah... Apa yang penting sekarang kita terokai pula keni'matan yang ada pada raya itu sendiri..... insyaAllah... besok ada open house di rumah Negeri Perak... insyaAllah...


Baiklah, di sini saya kongsikan pengalaman saya beraya di sini untuk tahun yang ke dua...
Gambar2 jo lah yang adooo =)


Suasana di Suk Sayyarat selepas sembahyang raya=)





Mendengar khutbah Raya



Bergambar beramai-ramai



Persembahan lakonan cerita.... budak2 pon berlakon sekali.. haha..
oleh ikhwanul muslimin...



Time kasih pak arab sebab buat belon bueh banyak-banyak
baru r rase meriah sikit=)..syukran..



Banner2 Hari raya yang menarik..



Sunat-sunat di Hari Raya

1.Mandi sebelum keluar untuk bersolat
2.Makan sebelum keluar untuk bersolat (pada Hari Raya Aidil Fitri) dan makan selepas  bersolat  (pada Hari Raya Aidil Adha).
3.Berhias dengan secantiknya untuk hari raya dengan pakaian2 yang    
   baik.
4.Takbir hari Raya.
5.Mengucapkan Tahniah...
6.Pergi untuk bersolat menggunakan jalan yang berlainan dengan
   jalan untuk balik










.




Pak-pak arab semua mula pulang ke rumah..


Selamat hari Raya ya A'mmu




Tempat permainan untuk budak2


Persembahan penutup...




 "عيد مبارك يا صديقي "





Selamat Hari Rayaaaaa(sambil jerit)... haha



Matju dan Imran...muka bahagia di hari raya..



Menang cabutan bertuah..(kawan punya larr)



DMAK;Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah



Abang2 kedah menceriakan petang raya



Puasa 6.. insyaAllah



Islam kita "cinta"
Cintakan Allah, Iman
Cintakan Rasul,bukti/dalil(sunnah-sunnahnya)
Cintakan negara,Jihad
Cintakan ibubapa, Tanggungjawab
Cintakan Isteri,kasih sayang
Cintakan anak-anak,Rahmat
Cintakan saudara, pengutamaan
Cintakan manusia,bantuan/pemberian
Cinta merupakan Pengorbanan dan taat
Maksiat menghapuskan cinta.. 



Ketua chef beserta Wasim yang kacak..



Pura2 potong nenas sebab nak ambil gambar...haha



Sebelum jadi Nasi beriani....



Popia dalam pembikinan...=) sedappp wooo



Hari raya=)



Rumah terbuka ISMA



Bergambar bersama abang Huzaifah, Abg Affiq dan Abg Mukmin



Makan yogurt dengan Cik stone tersayang...haha



Juadah di rumah terbuka Kedah..



Dari rumah Kedah mahu Ke Rumah Selangor...
Matju paling bergaya..



Selamba je huru-hara dalam bas..haha



Jejaka Tampan malaya...



Rumah Selangor..



Muka Bahagia rakan-rakanku... semoga berkekalan...



Bergambar bersama abg2 dari Selangor..



Rumah Selangor yang GAH di persada A'syir..



Bergambar kenangan dengan rumah paling cantik di Mesir..=)



Matahari terbenam...Berakhirnya raya ke -3



Kamil dan Adam sedang melantak mee jawa ustazah2 noghoie buek...



Tak boleh blaa...Nak makan mee pon buat muka macho...haha



Tetamu mengambil juadah...






SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN



Kenapa hari raya dinamakan 'Id (العيد) dalam bahasa Arab?

Al-'Id (
العِيْد) adalah pecahan dari kalimah al-'aud (العَوْد) yang bermaksud kembali. Dinamakan hari raya dengan nama demikian kerana ia kembali (yakni berulang-ulang) pada setiap tahun atau kerana kegembiraan akan datang kembali dengan munculnya hari raya pada setiap tahun.

Wallahua'lam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...