Recent Posts

Saturday, December 17, 2011

-Konsep TAHU dan PERCAYA-


Bismillahirrahmanirrahim…



 Dalam hidup ini, terlalu banyak peringatan yang telah kita dengar, terlalu banyak ayat Al-Quran yang telah kita tadabbur , terlalu banyak yang kita belajar dan terlalu banyak telah kita TAHU.  Kita TAHU, sembahyang pada awal itu banyak ganjarannya, kita tahu puasa sunat itu ada kelebihannya, kita TAHU sedekah itu pahalanya boleh bercambah-cambah, kita TAHU Syurga itu ada dan cara-cara untuk hampir kepadanya, kita TAHU neraka itu azab dan cara-cara untuk menjauhinya, kita TAHU ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh untuk bersegera dalam amal kebaikan, kita TAHU ayatNya juga yang melarang kita mengumpat , su’u Dzon, dan merendah-rendahkan orang lain, kita TAHU manusia itu diciptakan sebagai khalifah, perlu berdakwah,perlu bekerja untuk islam, perlu menyebarkannya. Tetapi persoalannya di sini adalah sejauh mana kita PERCAYA. Percaya yang dimaksudkan di sini adalah sejauh mana kita YAKIN dan bagaimana dengan keyakinan tu boleh membuatkan kita cukup kuat,cukup istiqomah untuk mengejar apa yang Allah suruh, dan berlari meninggalkan apa yang Allah larang.






  Malangnya,apa yang dapat dilihat sekarang, kebanyakan daripada kita bagaikan merasa selamat dengan hanya TAHU.Cukup dengan hanya TAHU. Dan kita berasa SELAMAT dan CUKUP untuk mendapat syurga Allah itu.Sedangkan daripada apa yang dapat kita lihat, hidup seseorang yang berjuang untuk SYURGANYA, untuk KEREDHAANYA itu tidaklah mudah. Penuh kepayahan,penuh dugaan. Sebagaimana yang kita dapat lihat dalam sirah Rasulullah S.A.W itu sendiri. Bagaimana baginda dicaci,dimaki, dikatakan orang gila, dibaling batu,bahkan hampir dibunuh, sehingga baginda terpaksa berhijrah (atas perintah Allah) meninggalkan kota mekah kesayangan baginda hanya semata-mata untuk Islam. Lihatlah, betapa besar pengorbanan yang perlu dilakukan, kesusahan yang perlu kita lalui untuk mencapai redhaNya, mancapai SyurgaNya. Kerana telah tertulis,

Rasulullah saw bersabda, “Surga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai (oleh hawa nafsu) dan sedangkan neraka itu dikelilingi dengan hal-hal yang disukai hawa nafsu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti  (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata , “Kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”

Cuba kita bandingkan dengan hidup kita sekarang. Adakah cukup untuk Syurga itu,cukup untuk keredhaan itu? Hidup kita penuh dengan senang-lenang,rehat yang menyantaikan, tidur dan perkara-perkara yang melalaikan. Bagi skop pelajar seperti saya pula. Termasuklah yang mengambil jurusan sains atau agama yang cita-citanya itu nanti ingin cemerlang,dapat ijazah,dapat kerja,dapat kahwin, dan bila dah tua nak jalan-jalan melancong satu dunia. Adakah cukup sekadar kita cemerlang di dunia sahaja? Adakah cukup sekadar menjadi doktor,engineer, cikgu dan lain-lain dan sudah tamat tujuan itu? Kalaulah hadaf(tujuan) itu lebih jelas pasti HADAF itu tidak akan tamat sampai bila-bila.Bahkan apabila kita mati pun masih belum tamat.Kerana kita jadi dokter,engineer, pilot dan pekerjaan yang lain itu semuanya kerana Islam, sebagai wasilah untuk berdakwah  dan terus berjuang dalam membantu menegakkan semula Islam itu yang insyaAllah satu hari nanti akan BERSINAR kembali.

  Jadi disini ingin saya kongsikan apa yang pernah salah seorang daripada rakan baik saya kongsikan di facebook. Dan terbukti memang situasi kita sekarang.


Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:

1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya...

  Dan dalam situasi sekarang,kita bagaikan berada tengah-tengah lautan orang yang hanya TAHU. Dan walaupun begitu janganlah kerana ramainya golongan yang TAHU itu,kita juga tergolong sekali dalam golongan TAHU itu. Tapi, kejarlah untuk menjadi golongan yang TAHU dan PERCAYA.Walaupun mungkin  sedikit.mungkin tidak ramai, dan mungkin jua ASING .Dan dalam ke’ASINGAN’ kita itu berusaha dan berdoa’lah moga ada daripada golongan yang TAHU itu akan naik ‘pangkat’ jadi golongan yang TAHU dan PERCAYA.InsyaAllah. Dan dalam ke’ASINGAN’ itu janganlah kita lemah.Kerana :

 بَدَأَ اْلإِسْلاَمُ غَرِيْبًا، وَسَيَعُوْدُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأَ، فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاءِ. قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ مَنِ الْغُرَبَاءُ؟ قَالَ: اَلَّذِيْنَ إِذَا فَسَدَ النَّاسُ صَلَحُوْا
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rosulullah bersabda:

"Islam pada mulanya asing, dan akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah kiranya yang terasing. Mereka bertanya: wahai rosululloh, siapa yang terasing itu? Beliau menjawab: orang-orang yang ketika manusia berbuat kerusakan, mereka berbuat kebaikan/reformasi. (HR. Muslim)






Janganlah risau untuk menjadi orang yang asing itu. InsyaAllah.  Allah maha melihat apa yang kita kerjakan. Marilah bersama-sama kita cuba berhijrah dari puak ‘TAHU’ kepada puak yang lebih moden ‘TAHU DAN PERCAYA’.


P/S:Konsep TAHU an PERCAYA ini pernah disebutkan oleh AKRAM SHAMSURI yang kacak dan 
      ala-ala korea gitu [credit] kepada beliau.
      :Post ini agak takut untuk di publish, kerana diri sendiri juga masih banyak yang hanya TAHU dan 
     ancaman Allah dalam 61:2-3. Semoga ada perubahan dalam diri kita bersama-sama ke arah TAHU dan 
     PERCAYA. Masih ke arah itu.
     :Kan kita sudah TAHU 10 wasiat Hassan Al-Banna, mari kita cuba menjadi golongan yang TAHU dan 
      PERCAYA.
      :Kita juga telah tahu kelebihan solat Subuh berjemaah dalam Muhasabah Subuh, jadi mari kita amalkan.


      Wallahua'lam.

"Demi Terus Memberi"

     

  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...