Recent Posts

Tuesday, November 29, 2011

Demi Sebuah Harapan


Bismillahirrahmanirrahim..


Demi sebuah harapan,
Pada ibu-bapamu,
Kau terus melangkah,kau terus mengejar,
Sebuah cita-cita,selautan impian,
Agar nanti,
Dapat melihat mereka tersenyum,
Dapat membalas jasa mereka.

Demi Sebuah harapan,
Pada adik-beradikmu,
Kau terus mencari,terus berusaha,
Menjadi entiti,memancar qudwah,
Agar nanti,
Mereka terarah,mereka terpandu,
Ke puncak kejayaan,menggapai bintang.

Demi sebuah harapan,
Pada guru-gurumu,
Kau terus belajar,kau terus memberi,
Segunung ilmu,selautan hikmah,
Agar nanti,
Ilmu itu,hikmah itu,
Tidak hanya pada ijazah,tapi dalam dadamu.

Demi sebuah harapan,
Pada sahabat-sahabatmu,
Kau terus menempuh,kau terus melakar,
Seribu lembaran,sejuta kenangan,
Agar nanti,
Tercantum ikatan,terjalin ukhuwah,
Yang takkan putus sampai bila-bila.

Lalu bagaimana dengan harapanmu pada Islam?
Apa yang telah engkau lakukan?
Apa yang telah engkau sumbangkan?

Lalu bagaimana dengan harapanmu pada keredhaan Allah?
Apa yang engkau telah amalkan?
Apa yang telah engkau jauhkan?

Kadang-kadang,
Harapan hanya tinggal harapan,
Kerana hakikatnya,
Realiti tidak seindah fantasi,
Maka,sandarkanlah harapan itu,
Hanya pada Allah,
Perdengarkanlah akan janji-janjiNya,
Perdengarkanlah akan Syurga-syurgaNya,
Pasti harapan itu,
Akan teguh kembali,
Hanya keranaNya……

Wallahua’lam



P/s: Hanya sedikit pencerahan daripada diri yang lemah ini...InsyaAllah 


Demi terus memberi…


Sunday, November 27, 2011

-Pesanan kepada semua Blogger/Penulis-


Bismillahirrahmanirrahim…


    Marcapada ini, makin ramai yang memilih bidang penulisan sebagai salah satu medium yang boleh digunapakai dalam usaha untuk menyampaikan sesuatu ilmu ataupun perkongsian serta nasihat berguna. Tidak kurang juga,bagi yang menggunakan medium ini sebagai salah satu usaha untuk berdakwah serta memandu fikrah ke arah menyebarkan islam.Hal ini kerana kita percaya ilmu yang disampaikan itu merupakan salah satu saham yang akan membantu kita di Akhirat nanti kerana ilmu yang bermanfaat itu pahalanya tidak akan putus selagimana ilmu terus diamalkan dan disebarkan insyaAllah.Kerana kita tahu:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)




   Tetapi benar seperti yang dikatakan muharikah iaitu ujian itu berbeza-beza. Lain orang lain ujiannya. Seseorang itu mungkin sahaja akan diuji dengan hartanya seperti  perniagaan yang diusahakan bertahun-tahun akhirnya muflis. Seseorang itu mungkin sahaja diuji dengan nyawa seperti orang yang amat dikasihi serta dicintainya mati dan kembali ke rahmatullah.Tetapi tahukah kita ujian pada orang yang berilmu itu lain pula caranya? Ujian pada seorang dai’e itu juga lebih berat kerana ia berlegar bukan sekadar dari aspek luaran tetapi juga dari hati itu sendiri.

   Seorang yang a’lim/dai’e itu dikatakan terpaksa terus teguh untuk menasihati,menyampaikan dan berdakwah walau ada orang yang melemparkan celaan ataupun su’udzon tapi apa yang lebih penting ujian yang menguji hati itu sendiri.Hal ini kerana, syaitan selalu cuba untuk memalingkan niat hati kita dari niat yang asal. Apa gunanya kita menasihati orang jika hati sendiri penuh dengan rasa kebanggaan dan takbur yang secara tidak langsung akan menyebabkan semua amalan kita sia-sia. Kerana ketiadaan sifat ikhlas itu sendiri.

    Memang benar, susah untuk kita mendapat darjat Ikhlas itu, tapi kita harus cuba untuk ikhlas.Bukankah kita sendiri dapat menilai apa yang terlintas di dalam hati kita. Itulah pentingnya tazkirah dzatiah yakni tazkirah untuk diri kita sendiri.Apakah ada keikhlasan dalam setiap amalan yang kita lakukan? Adakah sedekah yang kita berikan tadi ikhlas? Atau hanya untuk dipertontonkan kepada orang lain. Adakah sembahyang sunat yang kita dirikan ini didirikan dengan rasa kerendahan diri terhadap pencipta ataupun sekadar membenihkan rasa u’jub dan riak di dalam hati kita. Kita boleh menilai apa yang bersarang di hati kita.

   Jadi apa yang ingin saya tekankan di sini, cubalah untuk memberi dengan kerendahan hati,cubalah menulis dengan ikhlas,cubalah sucikan niat kita.Benar, hati itu sentiasa berubah-ubah, kerana itulah kita perlu berdoa kepada sang pencipta agar diteguhkan hati ini. Tidak dinafikan, masalah ini juga bagaikan menghempas diri ini, dengan rasa hebat, u’jub yang cuba membuat sarang di dalam hati ini.Padahal tidak sehebat mana pun, bahkan hina di sisi Allah atas dasar u’jub yang terbit di hati. Sia-sia. Kerana Allah sangat menitikberatkan niat kita.

Saidina Ali r.a berkata :"Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit, tetapi risaulah apakah amalan itu dapat diterima oleh Allah! Hal ini kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Muaz Bin Jabal :

"Ikhlaskanlah amalanmu dan sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas."(Riwayat Dailani)



أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ  39:3
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).



   Tidak dapat dinafikan juga, dalam kita menasihati  orang ini kadang-kadang kita akan memandang rendah kepada orang lain yang kita nasihatkan. Kita akan rasa lebih bagus daripadanya. Kita akan memperlekehkannya. Takut sangat jadi begitu. Jadi di sini saya kongsikan persepsi Imam Ghazali terhadap orang lain sebagai salah satu panduan untuk kita menjaga hati ini.


Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa daripada kita.


Apabila bertemu orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka sudah lama beribadat.


Jika berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui.


Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.


Jika melihat orang jahat/kafir, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.


   Bersempena Awal muharam ini, mari kita sama-sama tajdid niat untuk menjadi hamba yang lebih baik kepada Allah, insyaAllah. Kalau kita boleh membina azam yang hebat untuk ‘happy new year’ kita, kenapa tidak kita beri ruang yang lebih besar untuk diri kita untuk mencari keredhaan Allah bersempena awal muharam ini dengan memperbaiki amalan-amalan kita serta muhasabah kembali hati kita ini.Kembalikanlah semua apa yang kita lakukan kepada Allah. Kalau dikatakan makanan jasad yang dibuat daripada tanah itu merupakan nasi,roti dan seumpamanya yang tumbuh daripada tanah maka apakah makanan untuk ruh kita yang datang daripada Allah? Itulah dia peringatan yang asasnya dari kalamullah(Al-Quran) dan hadith. insyaAllah.

Syukran kepada sahabat yang menasihati diri ini..



  Semoga Amalan,nasihat,tazkirah,peringatan yang kita berikan tidak sia-sia.Mari cuba untuk ikhlas..



Demi terus memberi..
   

Tuesday, November 22, 2011

Ops Piramid 2??


Bismillahirahmanirrahim..


Hari ini, semua pelajar-pelajar Universiti Ain Shams Kaherah Mesir telah diarahkan untuk pulang gara-gara Muzahharot(tunjuk perasaan) yang dikatakan akan membuat perarakan daripada Tahrir ke Abbasiah(tempat universiti kami terletak).. Atas dasar keselamatan pihak universiti  telah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dengan menghentikan kuliah-kuliah yang sedang berjalan dan menyuruh kami semua pulang lebih-lebih lagi pihak akhowat…Huh… bez juga dapat pulang awal…



  Tapi tidak dapat dinafikan ada kerisauan yang bertandang,apakah yang akan terjadi selepas ini? Tergambar kembali Muzahharot yang berlaku pada tahun yang lepas dimana kami semua telah dihantar pulang dalam Ops Piramid yang dilaksanakan kerajaan Malaysia.. Walaupun ketika itu kami sudah mendengar ura-ura yang mengatakan kami tidak akan dapat meneruskan pengajian kami di mesir,Alhamdulillah.. peluang masih terbuka untuk kami terus menggarap ilmu-ilmu yang ada di sini.. =)
Namun sekarang keadaan bagaikan kembali seperti dulu… tunjuk perasaan semakin menjadi-jadi…  Terutamanya di Tahrir.. Alhamdulillah, kami yang menetap agak jauh daripada kawasan kejadian dalam keadaan yang agak selamat…InsyaAllah… Ada juga bapa saya menelefon kerana risau akan keadaan yang berlaku di sini…Tapi insyaAllah..selamat…


  Muzahharot yang terbaru ini dipercayai kerana mereka(orang-orang mesir) ingin agar pilihanraya parlimen yang dirancang dilaksanakan dengan secepat mungkin…Dijangkakan pilihanraya parlimen akan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada 28/11/2011 dan pilihanraya presiden akan diadakan paling lewat pada 30/06/2012… Diharap agar semua dapat berjalan lancar, dan tunjuk perasaan ini tidak akan memberi impak yang buruk dalam proses pembelajaran kami di sini.. Risau kalau keadaan semakin teruk mungkin ops pyramid 2 akan dilaksanakan dan mungkin kami tidak akan dapat menghabiskan pengajian kami di sini… Baru tahun dua sekarang… jauh lagi perjalanan.. Banyak harapan yang perlu dipenuhi… InsyaAllah..  Allah tahu yang terbaik… Doakan kami semua di sini. =)


Gambar keadaan yang berlaku di medan tahrir [kredit]

"
Demi terus memberi"

Thursday, November 17, 2011

Percayalah!!! Tidak Akan Sia-Sia


Bismillahirrahmanirrahim


Bila buat baik dengan orang , dituduh kejar pangkat / pancing undi.
Bila nasihat sikit , orang cakap control hidup mereka.
Bila bising , kena cop budak nakal.
Bila senyap , cakap sombong.
Bila tak pergi kelas tambahan , dikata bodoh sombong.
Bila rapat dengan orang , dituduh ada hubungan terlarang.


Melayu , melayu. Sampai bila nak jadi manusia yang meLayukan ? =.="


Gambar hiasan [credit]


  Terkesan dengan status dari seorang sahabat.. maklumlah diri ini sendiri pun mungkin ada terlibat sekali  dalam gejala menge’cop’ orang ni… Kadang-kadang memang kita rasa kecewa sangat apabila kita dah buat yang terbaekkk…termantopppp…. Tapi akhirnya hasilnya tidak seperti yang diingini.. bahkan , kita dikritik,dicela dan dicop itu dan ini… bukanlah dikatakan untuk kita mengharapkan balasan atas setiap perkara yang kita lakukan,tetapi cukuplah tidak ada sebarang kritikan atau tuduhan yang tidak berasas ini… Tidakkah kita tahu Allah telah berfirman.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain ,(kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari (yang mengolok-olok), Dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain ,(kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari yang (mengolok-olok).Janganlah  kamu saling mencela antara satu sama lain,dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk.Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman.Dan barangsiapa tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”  49:11


Dan dalam ayat seterusnya mengenai prasangka…

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka,sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa,dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain.Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah,sungguh Allah Maha Penerima Tobat,Maha Penyayang”  49:12


   Jadi mengapa kita harus kita mengutuk/mencela/memperolokkan orang lain…Mengapa kita suka mencari-cari kesalahan orang lain? Mengapa kita selalu fikir benda-benda yang buruk sahaja(su’udzon).. Dan yang paling penting, mengapa kita terlalu cepat untuk menghukum..terlalu cepat nak menge'cop'.. Siapalah kita untuk menilai hati orang lain…Bukankah niat seseorang itu rahsia antara Allah an hambaNya? Tahukah kita apa isi hatinya yang sebenar-benarnya… Allah..Allah…Allah.. Astaghfirullah..


  Bukan kita nak mengharapkan pujian sangat pun, sebab pujian  pun kadang-kadang menjadi ujian kepada hati kita ini…sama ada untuk terus ikhlas ataupun terjerumus kepada masalah hati yang  lain sama ada riak dan u’jub… lebih-lebih hati kita ni memang susah untuk dijaga..sentiasa berubah-ubah,sentiasa berbolak-balik…Tetapi cukuplah sekadar SOKONGAN dan kritikan yang membina..  itulah pentingnya SAHABAT..

   Suka di sini untuk saya kongsikan sebuah cerita…tapi syarat dia, kena bayangkan… ceritanya berbunyi begini….



Bagi sesiapa yang tidak mengenali keldai bagi membantu proses imaginasi [credit]



   Alkisah, ada seorang bapa yang agak tua bersama anak lelakinya(budak lagi) dan seekor keldai yang comellllll gilerrrr… telah bermusafir. Tatkala mereka(termasuk keldai itu juga) telah tiba di sebuah perkampungan, terdengar akan mereka penduduk-penduduk di pekan itu berkata, “Bodohnya depa, awat ada keldai tak maw guna,naiklah keldai tuh sebagai tunggangan..apalahhh..” Berlalulah mereka dari pekan itu.. si ayah pun berfikir, “betul juga apa yang dikatakan mereka itu”.. Lalu, si ayah pun menyuruh si anak itu untuk menunggang keldai tersebut.. Dan kemudian mereka sampai ke sebuah pekan yang lain, sampai di pekan itu pula terdengar pula si ayah.. “ngapo kawe tengok anak tu kejam giler.. ayah dia dah la tua.. di biar ayah ea berjalan paneh-paneh buto nih”…. Berlalulah mereka dari pekan itu ,dan kemudian si ayah pun menyuruh agar anaknya yang menarik keldai dan dia yang menunggang keldai itu… Sampailah mereka ke pekan Sabiek… terdengar si ayah lagi.. orang-orang kat sabiek itu mengata…” apo kojam bonar ayah ea ni.. sodap jo dehhh nek keldai tu..dibiar ea anak ea bajalan tarik keldai tu..da la anak dia tu kecik lagi den tengok”…..

   Jadi apa yang kita dapat dari cerita ini? Cuba fikir.. setiap apa yang pakcik tu buat,semuanya mendapat kritikan orang… jadi buah mulut orang… dah macam-macam cara dah pak cik tu buat pun masih ada orang yang tidak berpuas hati… agak-agaknya apa yang perlu pakcik tu buat? Takkan nak diangkatny a pulak keldai tu.. Memang kita takkan dapat nak tutup mulut orang.. orang akan terus cakap..cakap..dan cakap..Walaupun kadang-kadang kita rasa dah buat yang terbaik.. bersungguh-sungguh… Tapi masih tak dapat nak puaskan hati semua orang.. macam cerita tadi tu lah… dah semua cara dah pak cik itu aplikasikan namun tidak berhasil.Selamanya.. kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang..  Jadi, apa yang perlu kita lakukan..tutup telinga itu dan teruskanlah dengan apa yang kita rasa betul.. dan sentiasalah berlapang dada kerana mungkin juga apa yang kita rasa betul itu salah sebenarnya.. Dan yang paling penting, jangan berputus asa..


 Ketahuilah,
Setiap daripada kita pasti sudah merasai,
Tatkala diri ini telah berkorban masa dan tenaga,
Tatkala diri ini ikhlas untuk menolong sahabat-sahabat semua,
Tatkala diri ini telah cuba untuk membuat yang terbaik untuk semua,
Sebuah KEKECEWAAN,
Atas sebuah celaan,
Atas sebuah cacian,
Atas sebuah hukuman,
Insan-insan yang tidak pernah tahu akan diri ini,
Yang tidak pernah tahu betapa bersungguhnya diri ini,
Yang tidak pernah tahu betapa besarnya pengorbanan diri ini,
Yang tidak pernah tahu penat lelah diri ini,
Dan yang tidak pernah tahu apa yang ada di dalam hati ini,
Hati yang penuh rahsia,
Antara Allah dan hambaNya,
Lalu mengapa  beranggapan yang sebaliknya,
Sebuah persangkaan yang buruk,
Sebuah celaan yang menyakitkan,
Yang kadangkala mampu untuk meruntuhkan sebuah harapan,
Untuk diri ini untuk berbuat yang lebih baik,
Ketahuilah,
Diri ini akan terus berusaha,
Walau seribu celaan yang dilemparkan,
Walau sejuta su’udzon yang didengari,
Walau selautan kritikan yang disirami,
Kerana ku pasti,
Kerana ku percaya,
Allah tidak mensia-siakan usahaku….

“Sungguh, mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan, Kami benar-benar tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu” 18:30

“Dan katakanlah,’Bekerjalah kamu,maka Allah akan melihat pekerjaanmu,begitu juga Rasul-rasulNya dan orang-orang mukmin,dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.’”  9:105

Demi Untuk terus memberi…


Wallahua’lam.

Tuesday, November 15, 2011

Maaf Tuk Berpisah......

Bismillahirrahmanirrahim...




Gambar Hiasan [credit]




Maaf Tuk Berpisah
Tashiru

Kau tahu tentang hatiku
Yang tak pernah bisa melupakanmu
Kau tahu tentang diriku
Yang selalu mengenangmu selamanya

Kini Kusadari bahwa semua itu 
Adalah salah dan juga keliru
Akan membuat hati menjadi ternodai

Maafkan lah sgala khilaf yang telah kita lewati
Telah membawamu ke dalam jalan yang melupakan Tuhan
Kita memang harus berpisah tuk menjaga diri
Untuk kembali harungi hidup dalam ridho Ilahi

Kutahu bahwa dirimu
Mendambakan kasih suci yang sejati
Kuyakin bahwa dirimu
Merindukan kasih sayang yang hakiki


Dan bila takdirnya kita bersama
Pastilah Allah kan menyatukan kita









"........Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka BERTAWAKKALLAH kepada Allah, Sungguh,Allah mencintai orang yang bertawakkal"  3:159




Terbaek... semoga mendapat i'brah daripada lagu ini =)

Demi untuk Terus Memberi..

Thursday, November 10, 2011

PENGUMUMAN PENTING!!

Bismillahirahmanirrahim...


Teman,
Ini pesan untuk diri kita yang mungkin selalu lupa atau buat-buat lupa,
Pesan untuk diri sendiri dan teman-teman,
Solat jemaah tolong jaga, solat jemaah tolong jaga.
Kita marah kalau jamuan Reunion member lambat datang,
Tapi bila ramai yang liat jemaah, sikit pun kita tak bimbang.

Kita bersungguh tumpu riadah dan sukan,
Tapi waktu azan kita langgar tanpa segan.

Kita teruja ambil tempat paling depan waktu menonton ,
Tapi Tuhan offer pahala berganda di sof depan, kita sambut tanpa respon.

Kita cakap lentung-lentang / degu degar,
Tapi solat jemaah kita hambar.

Kita orang paling menonjol bual sampai tengah malam,
Tapi solat jemaah kehadiran kita tenggelam.

Teman,
dulu kita ingat orang awam sahaja sinonim tak jaga solat jemaah,
tapi ustat-ustat pun sama dengan ustazah-ustazah.

Ayat-ayat al quran lalu macam air di kerongkong,
tapi solat jemaah kita kosong.

Hadis-hadis macam bertih goreng di bibir,
tapi solat jemaah kita pinggir.

Teman, tak payah nak cakap pasal ummah dan besar-besar,
Kalau solat payah nak berjemaah dan jauh tersasar.

Teman, jangan terasa hati dan luka jiwa,
Teguran buat diri sendiri dan semua.

Solat jemaah bukan cerita dunia yang singkat,
Tapi cerita untuk bahagia di akhirat.

Teman,
Solat jemaah tolong jaga,
Sementara Tuhan bagi tempoh masa kita bernafas,

Solat jemaah tolong jaga,
Sebelum tiba satu masa kita berada PALING DEPAN DARI IMAM DAN PARA JEMAAH



-Copy & paste dari ustaz AzmanShah IbnAlias (fb)


-Digalakkan meng 'Add" beliau di FB.. sentiasa membuat status yang membawa kepada pencerahan


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."

( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )





"Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa" 3:133








Demi untuk terus memberi...

Tuesday, November 8, 2011

"Yang paling jauh"


Bismilahirrahmanirrahim...

Hati yang dahulunya teguh kian rapuh,
Hati yang dahulunya kuat kian lemah,
Hati yang dahulunya bersinar terang kian mendung,
Benarlah kata orang, hati itu mudah berubah,
Sentiasa berbolak-balik,
Bagai lalang di atas lapangan,
Ditiup ke barat, berlalu ke barat
Ditiup ke timur,berlalu ke timur,
Lalu harus bagaimana daku harus mencari kembali,
cahaya dulu,
kegembiraan dulu,
ketenangan dulu,
Bersaksilah, masa lalu itu sentiasa ada dalam ingatan,
Bersaksilah, masa lalu itu tidak akan aku lupakan,
Bersama rakan-rakan,bersama guru-guru,
Melakar lembaran-lembaran baru dalam kehidupan,
Agar nanti menjadi cendiakawan Berjaya,
Agar nanti menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa,
Agar nanti melahirkan anak-anak yang akan menjulang bangsa dan agama,
Namun benar, setiap pertemuan itu ada perpisahan,
Dan ketahuilah, perpisahan itu hanya dua tiada yang ketiga,
Sama ada perpisahan yang satu hari nanti kita akan dipertemukan kembali olehNya,
ataupun perpisahan yang kita tidak akan bertemu lagi selama-lamanya,
Dan diri ini amat berharap pada perpisahan yang akan dipertemukan itu,
Sama ada di dunia ini ataupun di Syurga sana,
Maka, berlalulah kenangan-kenangan ini bersama tiupan bayu,
Semakin menjauh, semakin kabur, lantas terus menghilang,
Benarlah, yang PALING JAUH daripada kita adalah masa lalu,
Dan yang paling hampir dengan kita adalah kematian,
Yang satu saat nanti, meragut segalanya,
Keseorangan,
Di liang lahad,
Dalam kegelapan,
Adakah kita akan berasa menyesal,
ataupun syukur ketika itu,
Semuanya bergantung pada diri yang beramal,
Tidak ada yang akan membantu,
Sudah bersediakah kita??
Ayuh, sahabat, kita perlu bangkit,
Ketahuilah, kita bukan keseorangan,
Akan sentiasa ada sahabat-sahabat yang menghulurkan tangan kepada kita,
Ada  doa ibu bapa kita yang sentiasa menjadi penguat hati,
Ada Allah yang sentiasa mendengar keluhan hamba-hambanya,
Maka Janganlah kita berputus asa dari nikmat Allah,
Teruskanlah melangkah dengan keyakinan,
Diiringi dengan semangat yang membara dan ketulusan hati,
Dalam perjalanan mencari redhaNya,
Bersama ikhwah-ikhwah sejati,
Ke arah matlamat yang hakiki,
Tegaknya sebuah agama,
Tersebarnya seruan Ilahi,
Bagi yang masih terperangkap dengan masa lalu itu,
Keluarlah dari dunia khayalanmu,
kerna di luar sana ada jalan yang terbentang luas,
Laluan-laluan keredhaanNya,
Mintalah kepadaNya agar dipertemukan semula,
Tidak di dunia, InsyaAllah di Syurga sana,
Bukankah dua insan yang bertemu dan berpisah kerana Allah itu,
Akan berada di bawah naungannya kelak?
Andai ada yang telah pergi selama-lamanya,
Kirimkanlah doa tanda ingatan,
InsyaAllah bertemu semula di Syurga nanti,
Bagi yang masih punya ibu bapa,
Guru-guru dan teman-teman,
Hargailah mereka semua dengan sebaik-baiknya,
kerna lazimnya,
Kita hanya akan menghargai sesuatu apabila kita kehilangannya,
Perpisahan,
perpisahan,
perpisahan,
Alangkah indahnya nanti,
Jika perpisahan ini diakhiri dengan sebuah pertemuan,
Bersama-sama di Syurga Ilahi….
InsyaAllah…


“Sesungguhnya,orang-orang mukmin itu bersaudara……………..” 49:10



"Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah," seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]



Wallahua'lam..

Friday, November 4, 2011

"Mati dalam keadaan tersenyuM"


   Bismillahirrahmanirrahim….


   Tersentak dengan kata-kata dari seorang ikhwah…membuatkan diri berfikir dan terus berfikir…  soalannya…..

“Agak-agaknya lah kan, apa yang boleh menyebabkan  kita mati dalam keadaan tersenyum nanti?”

  Agak-agaknya, apakah jawapannya??.. Agak-agaknya apa pendapat kamu semua?… Apa perkara yang membolehkan kita ‘pergi’ nanti dalam keadaan yang tenang sebegitu….tidak ada kerisauan… ada cahaya di wajahnya… tenang…seperti sudah bersedia untuk pergi ….pergi ke sana… ke Alam yang kekal..bertemuNya.. mesti ada jawapannya kan?



  Mesti masing-masing ada pendapat yang tersendiri,persepsi tersendiri… Tapi, bagi pendapat saya sendiri,pasti ada sesuatu yang telah dia puas…. Telah dapat dicapai… tidak kiralah sama ada cita-citanya telah ternyata ataupon dia berasa puas kerana dia telah melaksanakan tugasnya dengan sebaiknya… tidak ada yang mengganggu fikirannya di dunia ini… dan dia redha andai Allah ingin mengambil nyawanya saat itu…

  Persoalannya, bagaimana cara untuk kita jadi seperti itu…  Apa rasanya yang nak sangat kita laksanakan di dunia ini sebelum kita mati?.. yang ingin kita kecapi…sebuah cita-cita ataupun sebuah impian… adakah cukup sekadar menjadi seorang doctor yang pakar dan Berjaya? Adakah cukup sekadar  berkahwin dan mempunyai anak-anak yang ramai? Adakah cukup sekadar menjadi kaya-raya dan hidup senang –lenang dan melancong ke serata dunia?Cukupkah sekadar itu??

  Bagi pendapat saya… kita akan dapat ‘pergi’ dalam keaadaan tersenyum itu jika kita telah melaksanakan semua yang telah Allah gariskan untuk kita…Antaranya:

Sebagai Khalifah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,’Aku hendak menjadikan khalifah di bumi’. Mereka berkata,’Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana,sedangkan kami bertasbih memuji-MU dan menyucikan nama-MU?’ Dia berfirman ‘Sungguh,Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” 2:30


sebagai seorang anak yang soleh dan berbuat baik kepada ibu bapanya,

“Dan tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah dan berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada kedua perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya,dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih saying dan ucapkanlah, ‘Wahai tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.” 17:23-24

sebagai seorang yang menyeru,

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” 3:104

“Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar,dan beriman kepada Allah…….. “ 3:110

“Dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata,’sungguh,aku termasuk orang-orang muslim  (yang berserah diri) ?”
41:33


   Dan juga kewajipan-kewajipan inividu yang lain seperti solat,puasa,zakat dan haji bagi yang berkemampuan…Kita sendiri dapat lihat bagaimana keadaan dunia zaman sekarang….begitu teruk.. banyak berlaku permasahalahan dan perdebatan yang sia-sia…Dan ramai antara saudara-saudara kita yang berada di Malaysia itu yang juga terlibat sama sama ada secara langsung atau secara tidak langsung… Jadi, menjadi kewajipan kita untuk mengajak dan menyeru mereka ke arah islam dan membetulkan semula persepsi mereka kepada islam… insyaAllah..


Gambar hiasan (credit)


   Dan apa yang dapat kita lakukan adalah dengan melakukan kerja-kerja dakwah ini, sebab kita semua ini diciptakan di dunia ini ada makna  dan fungsi tersendiri dan bukan sekadar  lahir,membesar,remaja, berjaya,kahwin, tua dan mati … Ada tugas yang perlu kita galas… tugas sebagai penyambung kerja-kerja dakwah Rasulullah S.A.W…Dan untuk itu, kita perlu banyak bersabar, kerana jalan ini tidak mudah, banyak dugaannya, banyak cobaannya… tetapi percayalah…



“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) kami ,kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik”  30:69


  kekadang kita rasa masih tidak bersedia atas alasan ilmu tidak cukup, masih muda lagi, dan masih ada waktu lagi…. Tapi kalau bukan sekarang ,bila lagi?? Saya sendiri pon tidaklah sehebat apa yang saya tuliskan ini,banyak kekurangan,perangai pon tak selereh… Tapi kalau nak menunggu diri ni sempurna… alamat sampai bila-bila la tak mula…. Jadi sahabat, mulalah dari sekarang sebagai saham kita di akhirat nanti… Cuba kita bayangkan, kalau satu saat nanti, Islam itu sudah megah… semua orang mengamalkan islam dengan baik… Pasti kita akan berasa puas kan? Sebab kita juga ada bersama-sama dalam perjuangan itu… Dan kita juga tahu.. Janji Allah itu..


“Sungguh, mereka yang beriman dan mengerjakan kebaikan, kami benar-benar tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu.” 18:30

[credit] to Akram Shamsuri


     BUKANKAH KITA DAPAT MATI DALAM KEADAAN YANG TENANG DAN TERSENYUM =)


Wallahua’lam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...