Recent Posts

Wednesday, July 13, 2011

Khuliko halu'a...


Semalam aku kelukaan
Kecewa kehampaan
Mencalar ketabahan
Impian yang seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya
Haruskah aku mengerang namun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan....

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
tak dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku
ku bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : Unic 


   Manusia.....memang selalu lemah...selalu resah...tak puas hati...risau... kecewa dan macam-macam lagi....dan apa yang ingin diperkatakan di sini adalah tentang sikap suka mengeluh...tak kisah lah mengeluh atas sebab apa... kecewa ke? rasa tak mampu ke? tak pon rasa kecewa+hampa sebab ada hasrat hati yang tercapai macam lirik lagu di atas....

   Sebenarnya,masa nak exam physiology hari tu,rasa kecewa sikit... dan rasa macam tak mampu je nak buat yang terbaik....sebab tu la rasa nak tulis sikit ni...maklumlah,tuan punya badan ni tak de la dalam golongan pelajar-pelajar yang pandai ataupon pick-up macam rakan-rakan yang lain...melihatkan mereka(rakan-rakan sekuliah) berbincang pasal physiology..rasa kerdil sangat diri ni....tu yang rasa down sikit tu....



  Tengah-tengah down tu....bantai r asyik termenung je (ntah apa-apa ntah)... terlihat pulak ada orang ni pergi masjid sebab masa tu da nak maghrib, tengok  dekat belah jalan besar pon ada sekumpulan orang yang pergi masjid...jadi bila tengok orang-orang yang tetap terus istiqomah ini...hati rasa bersemangat semula....tu yang rasa nak dengar lagu langkah tercipta ni =)....teringat pulak dekat ayat 9:41 yang menjadi moto hidup kawan saya...semua ni memang menaikkan semangat...


Gambar hiasan...


  Teringat juga kepada ayat.. 



 70:19 Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh

 70:20-21 Dan apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh resah.dan apabila
              mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir....

   , Tu lah penyakit manusia ni, Khuliqo halu'a (bersifat suka mengeluh). kita semua lah ni... tak boleh la nak diuji sikit... tak boleh nak ada benda yang tidak seiring dengan kehendak hati kita....sampaikan nak belajar buku tebal-tebal sikit pon tak boleh (terkena kat batang hidung sendiri).... lemah betul diri ini...ish3

   Jika dilihat dari tafsir fi zilallil Quran pula,ayat tadi ditafsirkan dengan = manusia itu diciptakan dengan tabiat cepat gelisah. gelisah dan cemas bila disentuh kesusahan, seolah-olah kesusahan itu akan terus mencengkaminya buat selama-lamanya...tiada lagi jalan keluar, tiada lagi perubahan yang diharap daripada Allah,kerana ia terus dimakan kegelisahan.semuanya ini berpunca kerana dia tidak berselindung pada tempat yang kukuh untuk dia menggantungkan harapannya.


   Ayat ini juga menggambarkan manusia yang kikir dan bakhil apabila ia mendapat kekayaan dan kesenangan dan dia mengira bahawa kekayaan dan kesenangan itu adalah semata-mata hasil usaha dan penat jerihnya dan kerana itu dia merasa begitu bakhil untuk dikongsikan dengan orang lain dan terus menyimpan kekayaan itu untuk keni'matan dirinya sahaja.Dan seterusnya,dia menjadi hamba kepada harta kekayaannya kerana dia tidak memahami hakikat rezeki dan peranannya di dalam rezeki.Dia tidak mengharap sesuatu yang lebih baik dari Allah kerana dia telah putus dari Allah dan hatinya kosong dari Allah...

   Di dalam menghadapi dua keadaan ini, dia selama-lamanya gelisah dan cemas iaitu gelisah dan cemas terhadap kesusahan, dan gelisah dan cemas terhadap harta kekayaannya...itulah gambaran manusia yang sungguh malang dan menderita apabila hatinya kosong daripada iman...





  itulah tadi sedikit sebanyak huraian dari kitab zilalil Quran tadi...memang kena lah ngan diri sendiri....risau sangat tak lepas subjek physiology ni...memang lah kita patut risau,tapi tak payahlah sampai nak memudharatkan diri sendiri kan...yang penting usaha+doa+tawakkal....insyaAllah, Allah akan memudahkan jalan kita....biarlah semuanya lepas (untuk sahabat-sahabat semua)... Nanti bila dah berjaya nanti.. janganlah pula ingat semuanya hasil usaha kita sendiri....itu semua kerana keizinanNYA....nanti, jangan lupa untuk bersyukur =)


"ALHAMDULILLAH"

tengok, kucing pon reti bersyukur.....


   Dan di antara cara-cara yang dinyatakan dalam ayat seterusnya bagi mengelakkan diri dari terus mengeluh dan sentiasa gelisah ini adalah dengan:


   1:Tekun mengerjakan solat dan istiqomah dengannya
      
      "Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah S.A.W adalah amalan
yang dikerjakan dengan tekun walaupon sedikit"       
      
   2:Memperuntukkan harta kepada yang meminta dan yang tidak meminta
  
   3:mempercayai hari pembalasan dan dengan itu kita akan takut kepada
      azabNYA.Jadi kita akan rasa amalan kita ini tidak cukup (rajin-rajinkanlah)


   4:Memelihara kemaluan diri dengan membentengkan diri dengan sifat malu


   5:Memelihara amanat dan janji


   6:Berpegang teguh pada kesaksiannya (berkata yang benar)


   

WALLAHUA'LAM...            

p/s:perkongsian pendapat amat dialu-alukan..



Sunday, July 3, 2011

Gunung yang kukuh, Gunung yang bergerak?


Al-Qur'an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting.
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31)
Seperti yang telah kita lihat, dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi.
Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapapun ketika Al-Qur'an diturunkan. Ianya menjadi satu fakta yang hanya diketahui hari ini selepas penemuan dalam bidang geologi moden.

undefined




Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung ganang telah timbul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di bawah lapisan yang satu lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Ini bermakna pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi.
Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut.
Di kawasan benua lebih tebal, di perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel.
Di dalam Al-Qur'an peranan gunung ganang itu dibandingan dengan 'pasak'.
Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?. (Surah an-Naba; 6-7)
Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu 'pancang' yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.
Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah "isostasy".Definisi isostasy;
Keseimbangan umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material batu-batan di bawah permukaan di bawah tekanan graviti.
Peranan penting gunung-ganang ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur'an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Qur'an menyebut;
dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu… (Surah Luqman;10)



PERGERAKAN GUNUNG-GANANG

undefinedDalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.
Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.Surah an-Naml;88.
Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.
undefinedPakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan.
Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.
Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi.
Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;
Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.
Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini.
Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'an.


semoga mendapat iktibar..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...