Recent Posts

Thursday, October 27, 2011

Kematian Marco Simoncelli di Litar sepang.. Ingatlah mati!!


   Bismillahirrahmanirrahim….







  Terkesan daripada  berita tentang  kematian Marco Simoncelli di litar sepang baru2 ini… serta beberapa siri kematian lain yang agak menakutkan…terdetik di hati ini, “Bagaimana aku akan mati nanti?” …Adakah dalam keadaan yang baik ataupon tidak? Dalam keadaan melakukan kebaikan ataupon dosa?
Dalam keadaan sempat bertaubat kepada Allah ataupon tidak?....Dan yang paling penting dalam keadaan beriman ataupon tidak… Bukankah Allah telah berfirman…

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh,dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya”  3:185

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami”  21:35

  Dalam kehidupan seharian kita ini, kita sering bertangguh… bertangguh  nak basuh pinggan lah… bertangguh nak basuh baju  ataupon bertangguh untuk mengulangkaji pelajaran yang kebiasaanya hasilnya kan memudharatkan diri sendiri..Dan kebiasaanya kerja-kerja last minute ni memang tidak akan berhasil ataupon membawa kepada ketidaksempurnaan hasil kerja tersebut…

  Jadi, persoalannya.. bila kita mahu berubah?? Berubah ke arah yang lebih baik… tidak dimaksudkan di sini untuk seseorang itu membuat perubahan secara drastik..tetapi biarlah niat untuk berubah itu ada dan dizahirkan dengan amalan kita….secara beransur-ansur… kerana yang penting kita cuba dan terus berusaha untuk berubah dan mencari keredhaanNYA…kalau sebelum ni tak selalu solat Jemaah, kita cuba wajibkan diri kita solat berjemaah… kalau sebelum ni kita jarang baca Al-Quran… kita cuba lazimkan diri kita dengan Al Quran…




   Dalam banyak perkara yang diperhatikan, kita selalu bertangguh untuk berubah…  -” Bila nak mula sembahyang lima waktu ni??” “ Hurm.. Tunggu dah kahwin nanti lah…”-     - “Bila Awak nak mula pakai tudung ni?” “Nantilah, muda lagi…tunggulah nanti bila da rasa nak pakai tudung nanti”-      -“Bila kau nak Talaqqi sama-sama dengan den”  “Nantilah, minngu depan..penat kot, baru balik kuliah”-  (contoh sahaja)

   Walaupon kita tahu, kalau kita menuruti ajakan-ajakan ini akan lebih baik untuk diri kita, kita tetap berpaling…bertangguh….Sebab apa?.. sebab kita rasa kita masih ada MASA…dan akan sentiasa ada MASA…untuk berubah NANTI….bila dah bersedia NANTI (waktu yang tidak pasti bila)..

   Ketahuilah, MUNGKIN  tiada lagi esok untuk kita..tiada lagi minggu depan untuk kita… sebab kita tidak tahu, bila kita akan mati..Dan kita juga tidak tahu, kita mati itu dalam keadaan yang bagaimana …mungkin kita mati ketika main bola… mungkin kita mati masa naik tremko masa nak pergi kuliah (sebab arab pon bawak,macam Rally kot)… ataupon mungkin kita mati sebab demam atau sars atau selesema burung…Nau’zubillahminzalik..KITA TIDAK TAHU…dan akan terus menjadi rahsia… Rahsia Allah.. Takut sangat kalau mati dalam keadaan tak bersedia… teringat kepada kata-kata seorang sahabat.. “Agak-agaknya,kalau kita mati sekarang, dengan amalan kita sekarang, mana Allah akan tempatkan kita? SYURGA ke NERAKA"… Atas dasar inilah orang-orang yang selalu mengingati mati dikatakan sebagai orang yang paling bijak…sebab dengan itu dia akan takut untuk melakukan dosa,segera melakukan kebaikan dan Tidak akan bertangguh-tangguh dalam perkara kebajikan… sebab Dia takut tidak ada kesempatan yang lain baginya…





  “Katakanlah, Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa(kecuali dosa syirik) semuanya.Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha penyayang. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu(Al Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyadarinya. Agar jangan ada orang yang mengatakan, ‘Alangkah besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, dan Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah).Atau (agar jangan) ada yang berkata, ‘sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa’.. Atau (agar jangan) ada yang berkata ketika melihat azab,’Sekiranya aku dapat kembali (ke dunia),tentu aku termasuk orang-orang yang berbuat baik’. Sungguh, ‘sebenarnya keterangan-keterangan-Ku telah datang kepadamu,tetapi kamu mendustakannya,malah kamu menyombongkan diri dan termasuk orang kafir’….”


   Bukalah hati untuk berubah...bagi peluang untuk diri kita... kadang-kadang ada orang berkata jiwanya tidak tenang...rasa ada yang tak sempurna...ketahuilah hal itu kerana kita melakukan dosa... bukankah dosa itu merupakan sesuatu yang membuat hati kita tidak tenang dan menimbulkan rasa tidak bahagia atau satu kerisauan di dalam hati kita...kerana fitrah manusia itu adalah beragama dan memerlukan penciptanNya... Tempat ia meminta dan mengadu..lihat sahaja apabila diri kita sendiri ditimpa dengan satu musibah yang agak berat dan tiada sesiapa di sisi kita yang mampu menolong kita...ke MANA kita akan mengadu??? Bukankah kepaa Allah....

INGATLAH MATI, kerana dengan mengingati mati kita akan mengingati Allah..

-Allah ghoyatuna-

 Wallahua'lam...


3 comments:

  1. waktu yg paling sesuai untuk berubah ialah sekarang.. ttp ramai yg suka tangguh2.. termasuk aku..hehe

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah hikaru yui... kita cube untuk berubah sama2.... dan jangan bertangguh-tangguh... =)

    ReplyDelete
  3. asal allah ngoyatuna?-tukar2-ghoyatuna

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...