Recent Posts

Tuesday, October 18, 2011

Cukuplah berMEGATRON..Mari berOPTIMUS PRIME !!!


   Alhamdulillah…second year telah menunjukkan taring-taringnya… bermula satu tahun yang baru, perjuangan yang baru, azam yang baru dan semangat yang baru untuk terus berjuang… Gembira… diri ini, serta semua rakan-rakan dapat bersama-sama meneruskan perjuangan untuk tahun yang ke dua… Lebih cabaran..lebih dugaan..yang secara tidak langsung menuntut usaha,mujahadah dan semangat yang lebih bebandin tahun lepas….

   Tapi terkesan dari cuti sem yang lepas..diri ini da ‘bertukar’ jadi malas… senang mengantuk… macam malas-malas je nak belajar… Tu lah…bila da banyak sangat berehat cuti hari tu… ni la antara hasil diagnosis yang dapat dilihat.. Teringat pula akan cerita transformers yang ditonton sehari sebelum bermulanya kuliah… siap hatrik lagi tu…sekali tiga2 sekuelnya… kesan dari propaganda rakan2 yang mengkhabarkan ceritanya TERBAEKKKKK… dan memang terbukti pon…mang terbaekkk…


   Jadi, bila dilihat dari satu sudut yang lain, umpamanya diri ini bagai bertukar kepada watak DECEPTICON(watak jahat dalam siri transformer) sebab diri ini makin hilang semangatnya…ruh dan kekuatan untuk 2nd year yang lebih mencabar ini…Lebih-lebih lagi pada hari yang lepas seorang rakan “THE FALLEN” (nama watak dalam transformer 2) telah merealisasikan namanya  kerana telah pulang awal ke rumah walaupon hakikatnya kuliah belum bermula lagi pon…sebab baru habis practical je …Jadi, apa kejadahnya semua ini? Mana semangat yang pada satu masa dulu membuak-buak…Nak datang kuliah tiap hari bagai…Nak Tanya dokter kalo tak faham something… nak dapat mumtaz tiap2 tahun…(azam pelajar-pelajar baru dulu).. Mana semangat itu?? tersungkur di tengah jalan...

   Ketahuilah…dalam kehidupan kita seharian kita kan sentiasa mengalami fasa2 ‘transformers’.. terutamanya hati kita ini… bukankah telah dikatakan hati kita ini sentiasa akan berubah-ubah, atas dasar itulah kita sentiasa berdoa agar hati ini sentiasa sentiasa teguh di jalanNya “Ya Muqollibal Qulub tsabbits Qulub A’la dinik”… kita sendiri sebagai manusia juga selalu terlupa kerana asal perkataan manusia itu sendiri bermaksud lupa…Jadi ubat bagi penyakit lupa ini adalah tazkirah/peringatan.. ”87:9- Oleh sebab itu, berikanlah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat” .......Seterusnya… kita juga haruslah menghalakan ‘transformation’ kita ini ke arah yang lebih baik, agar setiap hari itu ada manfaatnya untuk kita…halakanlah perubahan itu ke arah AUTOBOT (watak baik) di bawah pimpinan Optimus Prime(sahabat-sahabat yang menyedarkan) dan janganlah memilih untuk berubah kepada DECEPTICON (watak jahat) yang berada di bawah pimpinan MEGATRON (nafsu &syaitan)…     Mujahadah Li Nafsih..


autobots-gambar hiasan


Decepticons-gambar hiasan



   Ketahuilah…kita semua mempunyai tugas yang lebih besar… kerana kita bukan hanya hidup untuk menghadapi fasa-fasa kehidupan(kanak2,remaja,dewasa,kahwin,bapa,tua,mati) itu sahaja… tapi kita ada sesuatu yang lebih BESAR…lebih UTAMA… iaitu keranaNYA.. …barulah hidup kita lebih bermakna.. lebih bahagia dan insyaAllah di bawah keredhaannya…Marilah kita men’TRANSFOMER’kan niat kita ini di jalanNYA…niat untuk belajar…setiap langkah..setiap nafas…untukNYA dan AgamaNYA… terkesan daripada video ini..bagi sesiapa yang belum sempat untuk menonton… =)





  Jadi sudah-sudahlah kita transform ke arah MEGATRON dan mari kembali berTRANSFORM menjadi OPTIMUS PRIME(hero terbaekkkk transformer) dan menyelamatkan dunia !!.. tetapkan niat... tajdid niat.. ikhlaskan hati... semoga kita temui...

  "Katakanlah (Muhammad), Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, 
   Tuhan seluruh alam" 6:162

  Ketahuilah...

   "Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan. Sungguh Beruntung orang 
    yang menyucikan (jiwa itu). dan sungguh Rugi orang yang mengotorinya" 91:8-10

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...