Recent Posts

Monday, October 3, 2011

Ikhwah dari KISAS!!!


Bismillahirrahmanirrahim..


  
 Dahulu, diri ini tak mengerti apa-apa…tentang apa yang perlu dilakukan.. tentang erti tanggungjawab.. tentang erti khalifah..Al-Quran( 2:30)… yang sebenar…lalai… dan terus lalai..tak kenal erti dakwah.. dan hidup ni tahu nak berseronok je…nak jalan-jalan je…nak makan je… tiba-tiba hadir satu tangan menarik hati ini ke arah erti hidup yang sebenar…mengenal erti tanggungjawab pada diri ini..perlunya kepada dakwah.. perlunya kepada tarbiah..perlunya kepada satu pengislahan diri…sedangkan diri ini bukannya baik sangat…bukannya bertanggungjawab sangat..bukannya berukhuwah sangat…tidak melakukan hablumminallah dan hablumminannas (hubungan dengan Allah dan sesama manusia dengan baik)..

   walaupon ketika saat ini… masih cuba terus ke arah yang mendaki…ke arah yang lebih baik kerana syurga itu dikelilingi benda yang kita rasa berat..susah…nak buat… Tapi nak tak nak itulah tugas kita… sebagai manusia,sebagai khalifah,sebagai dai’e….kita tidak dapat lari dari tugas ini… walau macam mana pon kita cuba lari,cuba mengelakkan diri….inilah dia jalanku…Jalan kita semua….(Qul hazihi sabili-Yusuf 108) …Nikmat yang paling besar adalah dikurniakan sahabat yang menyedarkan,yang memberi qudwah yang baik,yang menjadi pendengar yang setia,yang sentiasa membantu dan yang selalu inginkan kebaikan diri kita…Allah…itulah nikmatmu yang paling besar…… Gembira,sedih,Marah, benci,menyampah,suka,duka semua akan selalu menjadi ingatan…kenangan…I’broh.. yang banyak mengajar hati ini…yang mendidik diri ini… untuk lebih mengenal erti keikhlasan…Adakah hati ini ikhlas di jalan ini?...…Masih mencari..dan terus mencari.. begitu sukar untuk ditemui erti keikhlasan itu yang sebenar….Tapi insyaAllah akan kutemui….akan kita temui jika kita terus mencari…mungkinkah..satu saat nanti,ketika kau sudah tiada di sisi ini…untuk menemani diri ini…. diri ini akan menjauh,mengelak atau berpaling dari jalan ini?….insyaAllah..tidak..keranaku tahu..wahai sahabat,kau akan sentiasa mendoakan hatiku ini sentiasa teguh..kukuh…kuat dan tabah dalam jalan yang mendaki ini…Yakni jalan menuju keredhaanMU…keampunanMU..”Ya muqollibal Qulub.. tsabbits Qolbi A’la dinik”..Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati ini,tetapkanlah HATI ini pada agamaMU…

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami..." Amiinnn...

p/s: Semoga diri ini terus kuat sepertimu…Sahabat..Walaupon engkau akan menANjauh dariku (Pindah 
       Rumah)...diriku akan sentiasa mengingatimu.... "Teringat kepada kisah dua orang sahabat yang salah    
       seorang darinya menjadi penyebab kepada seorang lagi sahabatnya di Neraka masuk ke Syurga    
       bersama-samanya atas dasar doanya kepada Allah yang hanya mahu melangkah masuk ke Syurga
       jika dia bersama sahabatnya yang diseksa di dalam Neraka"  


ITULAH KEKUATAN PERSAUDARAAN (UKHUWAH) =)

Add caption


"Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah," seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman..

Wallahua'lam...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...