Recent Posts

Sunday, September 4, 2011

"عيد مبارك" Salam Raya dari Perantauan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa dapat juga kita bertemu Hari Raya Aidil Fitri yang padanya kita dianjurkan bergembira kerana dua hari raya ini yakni (AidilFitri dan AidilAdha) merupakan satu anugerah Allah bagi mengganti perayaan yang disambut masyarakat Mekah pada zaman dahulu..

 tatkala Nabi s.a.w. tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk Madinah mempunyai dua hari kebesaran di mana mereka menyambutnya dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu baginda bertanya mereka; "Hari apakah yang kamu sambut ini?". Mereka menjawab; "Dua hari yang kami biasa menyambutnya (dengan mengadakan permainan) pada masa jahiliyah". Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada mereka;
قَدْ أَبْدلَكمُ الله بِهِمَا خَيْراً منهما: يومَ الأضحْى ويوْمَ الْفِطْر
"Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah". (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dengan sanad yang soheh)


.. Jadi,tidak timbul konsep bersedih-sedih yang kronik kerana pada hari raya tak kisahlah di mana sahaja kita beraya... di Malaysia ke, di Amerika ataupon di Perancis.... Tapi sejak akhir-akhir ini Hari Raya sering sahaja dikaitkan dengan kesedihan lebih-lebih lagi setelah mendengar lagu Dendang Perantau ataupun lagu Dari jauh ku pohon maaf huhu....sedihnyaaaaa.... Ini jelas sangat bertentangan dengan konsep raya itu sendiri, jadi, mahu buat apa.?  GEMBIRALAH... =)


Macam mana mahu bergembira? Kalau di kampung tu boleh lah tolong nenek buat lemang, melawat sanak saudara, menghabiskan kueh raya,kacau dodol semua2 itulah... Tapi bagi yang tidak dapat beraya bersama keluarga tidak kiralah atas urusan kerja mahupun pelajaran, saya seru, kita carilah kegembiraan.. Bagaimana? Dengan menghidupkan suasana ziarah-menziarahi, cari open house,dah pergi open house orang, kita pula yang buat open house, masak sama-sama, makan sama-sama,jemput ramai-ramai... haa.. kan seronok bunyinya tu.


Sebab, setelah 2 tahun beraya di mesir ini, apa yang saya dapat lihat Arab-arab ini semua kalau masa raya ni, bawa keluarga mereka ke taman-taman(camping macam ala2 pengakap)  ataupun pergi bercuti (balik kampunglah tu)... Jadi hasilnya sunyilah kediaman kami di Hayyu sabi' dari kehadiran arab yang satu masa dulu semasa ramadhan tidak tidur sampai subuh bermain kejar-kejar dan mercun di luar rumah (budak2 kecil)
Cuba kita fikirkan, kalau kita tak laksanakan (ziarah-menziarahi dan open house) itu sendiri, tersangat-sangatlah bosan di sini...


Sebagai contoh,hari raya pertama beraya di arma(kedutaan Malaysia di Kaherah) lepas tu balik da tak taw nak buat apa dah.. tidur je laaa.. lepas tu buka Facebook sampai malam... penyudahnya, meriah kat facebook je la... walaupun pada hakikatnya, sangatlah bosan beraya di sini... huhu..Kesimpulannya, semuanya kembali pada diri kita sendiri mahu 'menghidupkan' atau 'membosankan' raya kita disini..


Sejujurnya, saya amat sedih Ramadhan kali ini meninggalkan kita, sebab Ramadhan di sini memang lagi meriah lah daripada daripada hari Raya itu sendiri.. Hal itu dapat dilihat sendiri, Bila hari Ramadhan itu datang,  macam-macam lampu menyala-nyala, Fanus(lampu macam tanglung) menerangi malam... Ramai-ramai pergi Tarawih...Jaulah Tarawih(sebab banyak sangat masjid di sini), jaulah mai'daturrahman, buka sama-sama, sahur sama-sama.... tapi bila raya itu tiba semua itu bagaikan diragut... tapi insyaAllah kita akan bertemu Ramadhan pada tahun hadapan...doa-doakanlah... Apa yang penting sekarang kita terokai pula keni'matan yang ada pada raya itu sendiri..... insyaAllah... besok ada open house di rumah Negeri Perak... insyaAllah...


Baiklah, di sini saya kongsikan pengalaman saya beraya di sini untuk tahun yang ke dua...
Gambar2 jo lah yang adooo =)


Suasana di Suk Sayyarat selepas sembahyang raya=)





Mendengar khutbah Raya



Bergambar beramai-ramai



Persembahan lakonan cerita.... budak2 pon berlakon sekali.. haha..
oleh ikhwanul muslimin...



Time kasih pak arab sebab buat belon bueh banyak-banyak
baru r rase meriah sikit=)..syukran..



Banner2 Hari raya yang menarik..



Sunat-sunat di Hari Raya

1.Mandi sebelum keluar untuk bersolat
2.Makan sebelum keluar untuk bersolat (pada Hari Raya Aidil Fitri) dan makan selepas  bersolat  (pada Hari Raya Aidil Adha).
3.Berhias dengan secantiknya untuk hari raya dengan pakaian2 yang    
   baik.
4.Takbir hari Raya.
5.Mengucapkan Tahniah...
6.Pergi untuk bersolat menggunakan jalan yang berlainan dengan
   jalan untuk balik










.




Pak-pak arab semua mula pulang ke rumah..


Selamat hari Raya ya A'mmu




Tempat permainan untuk budak2


Persembahan penutup...




 "عيد مبارك يا صديقي "





Selamat Hari Rayaaaaa(sambil jerit)... haha



Matju dan Imran...muka bahagia di hari raya..



Menang cabutan bertuah..(kawan punya larr)



DMAK;Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah



Abang2 kedah menceriakan petang raya



Puasa 6.. insyaAllah



Islam kita "cinta"
Cintakan Allah, Iman
Cintakan Rasul,bukti/dalil(sunnah-sunnahnya)
Cintakan negara,Jihad
Cintakan ibubapa, Tanggungjawab
Cintakan Isteri,kasih sayang
Cintakan anak-anak,Rahmat
Cintakan saudara, pengutamaan
Cintakan manusia,bantuan/pemberian
Cinta merupakan Pengorbanan dan taat
Maksiat menghapuskan cinta.. 



Ketua chef beserta Wasim yang kacak..



Pura2 potong nenas sebab nak ambil gambar...haha



Sebelum jadi Nasi beriani....



Popia dalam pembikinan...=) sedappp wooo



Hari raya=)



Rumah terbuka ISMA



Bergambar bersama abang Huzaifah, Abg Affiq dan Abg Mukmin



Makan yogurt dengan Cik stone tersayang...haha



Juadah di rumah terbuka Kedah..



Dari rumah Kedah mahu Ke Rumah Selangor...
Matju paling bergaya..



Selamba je huru-hara dalam bas..haha



Jejaka Tampan malaya...



Rumah Selangor..



Muka Bahagia rakan-rakanku... semoga berkekalan...



Bergambar bersama abg2 dari Selangor..



Rumah Selangor yang GAH di persada A'syir..



Bergambar kenangan dengan rumah paling cantik di Mesir..=)



Matahari terbenam...Berakhirnya raya ke -3



Kamil dan Adam sedang melantak mee jawa ustazah2 noghoie buek...



Tak boleh blaa...Nak makan mee pon buat muka macho...haha



Tetamu mengambil juadah...






SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN



Kenapa hari raya dinamakan 'Id (العيد) dalam bahasa Arab?

Al-'Id (
العِيْد) adalah pecahan dari kalimah al-'aud (العَوْد) yang bermaksud kembali. Dinamakan hari raya dengan nama demikian kerana ia kembali (yakni berulang-ulang) pada setiap tahun atau kerana kegembiraan akan datang kembali dengan munculnya hari raya pada setiap tahun.

Wallahua'lam....

3 comments:

  1. nice pix...i like it...=)
    of course much experience u've there...
    don't forget to share with me when we meet in Malaysia..

    barakallahu fik...

    ReplyDelete
  2. meriah ja aku tengok raya hang kat sana aidil oiii..hahaaa

    selamat hari raya =p

    ReplyDelete
  3. insyaAllah nuruddin azri.....=)
    hikaru yui...tu la owg soh raya cni sama2 xmaw....haha=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...