Recent Posts

Tuesday, June 7, 2011

Kalau ingin.....BELAJARLAH......=)


Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.


Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.


Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.


Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.


Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.


Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.


Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.


Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.


Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi...




Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.


ketahuilah,
      Kita sebagai manusia, selamanya takkan sempurna kerana kita tidaklah maksum seperti nabi, tetapi tidak menjadi kesalahan untuk CUBA menjadi sempurna yakni berubah ke arah yang lebih baik.....  


Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.


 "Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan"
Add caption







    Ingatlah.....firmanNYA:


   "Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya...sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa) itu...dan sungguh rugi orang yang mengotorinya" 91:8-10




   Allah telah bersumpah dengan 7kali sumpah (91:1-7 ) bahawa DIA telah mengilhamkan kepada kita 2 jalan...jalan kebaikan dan jalan kejahatan..dan berjayalah orang2 yang memilih jalan kebaikan itu dan rugilah orang2 yang memilih jalan kejahatan itu.... kerana hakikatnya dalam diri kita ada dua keinginan/kecenderungan....ke arah benda yang baik dan ke arah benda yang buruk... terpulanglah kepada kita untuk menilai dan kemudian memilihnya.....kan masing-masing pon dah baligh, takkan tak reti nak beza benda baik dengan benda buruk kan???pandai-pandailah fikir sendiri...





Memang hakikat apa yang kita beri, itulah yang kita akan dapat... seperti janji ALLAH kepada hamba-hambanya, syurga untuk orang2 yang patuh kepadaNYA, dan neraka bagi orang2 yang ingkar kepadaNYA... bukankah semuanya kembali kepada apa yang telah kita lakukan....setimpal dengan apa yang kita lakukan, bahkan orang yang melakukan kesalahan ada hukumannya sendiri... kalau lewat datang kerja pon ada dendanya... orang yang mencuri, ada yang dipoitong tangan.... macam-macam....semuanya akan ada kesan kepada diri kita sendiri.....dan semuanya akan kembali pada diri kita....jadi berusahalah jadi yang terbaik..barulah kita akan dapat yang baik...macam nak cari isteri/suami jugalah...kalau mahu yang solehah, kita sendiri yang perlu mensolehkan diri dahulu 24:26...=)....betul tak?????












   Setiap hari cubalah mencari ruang untuk bermuhasabah... muhasabah dengan apa yang telah kita lakukan pada hari ini, dan cuba untuk memperbaikinya....dan jangan bertangguh untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan,kerana ada kemungkinan kita tidak akan "SEMPAT" untuk berubah... dan salah satu cara untuk bermuhasabah adalah dengan sentiasa menghadiri majlis2 ilmu ataupun dengan sentiasa berdampingan dengan orang2 yang soleh... insyaALLAH ia akan sedikit sebanyak dapat "mengetuk" hati ini...bukankah perkataan manusia itu sendiri berasal daripada perkataan "nisyan" yang bermaksud lupa... jadi perlulah diri manusia ini selalu dekat dengan peringatan dan tazkirah agar kita tidak lupa..








  Memang kita sebagai manusia ni, banyak la masalah kita... tak puas hati tu la.. tak puas hati ni la....orang buat camni salah..orang buat camtu salah...yang salah tu nampak je kat mata kita kan..  tapi kalau kita pon 2 kali 5 macam dia takyah nak bising la kan....contohnye, kita bising orang tak turun sembahyang jemaahlah, lambat r.. tapi kita pon sendiri nak berjemaah tu "kadang-kadang"(cam dalam cerita p ramlee tuh) ...tak jadi juga... bukankah salah satu jalan dakwah itu dengan menunjukkan uswatun hasanah/qudwatun hasanah(tauladan yang baik)...sebagaimana hebatnya kesan qudwatun hasanah yang telah diperlihatkan oleh NABI MUHAMMAD S.A.W. yang menjadi ikutan sehingga kini,  serta sunnah-sunnahNyA...itulah yang perlu kita contohi....jadi, DIRI KITA inilah yang perlu diubah dahulu....takkan nak cakap tak serupa bikin lak kan?? x masyuk la macam tu, selain itu sasaran dakwah pon akan kurang efisyen..


  
  Jadi, sekurang-kurangnya biarlah satu hari yang mendatang itu diiringi dengan satu penambahan good value dalam diri kita... macam lagu....umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam.......=)


   Diri ini sendiri pon bukanlah betul sangat....buat benda bukan2 je balik2.. sesungguhnya diri ini juga dalam proses ke arah yang lebih baik, insyaALLAH.... jadi ambillah mana yang baik dan tinggalkan mana yang buruk... kalo ada apa2 kesalahan silalah komentar=)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...