Recent Posts

Monday, December 12, 2011

Senyumlah kembali =)


  Bismillahirrahmanirrahim…..

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan




“Dan kami pasti akan menguji  kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ‘Innalillahi wa inna ilahi rojiu’n’ (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)” 2:155-156



   Setiap dari kita pasti akan diuji, sama ada secara langsung atau tidak kerana Allah sendiri dah berjanji akan menguji kita.Itu sebagai salah satu cara untuk Allah untuk membuat kita untuk kembali kepadaNya. Kerana lazimnya, seorang manusia itu akan mencari Tuhannya kembali tatkala dia tahu tidak ada siapa lagi yang boleh menolongnya melainkan tuhannya.  Yang penting, percayalah, walau apa pun yang terjadi,pasti ada hikmah dariNya. Mungkin juga sebagai kifarah dosa dari tuhanmu . Mungkin juga supaya engkau menjadi insan yang lebih bersyukur.Percayalah. Wahai sahabat. Ada hikmahnya.


Sahabat itu,
Bukan sekadar untuk ketawa bersama-sama,
Bukan sekadar main ping-pong sama-sama,
Bukan sekadar tengok cerekarama sama-sama,
Bukan sekadar makan tokmiyah sama-sama,
Bukan sekadar pergi kuliah sama-sama,
Bukan sekadar pergi Talaqqi sama-sama,
Tetapi sahabat itu,
Sentiasa ada untuk membantu,
Sentiasa ada untuk mendengar,
Sentiasa ada bersama-samamu,
Dalam susah dan juga senang.
Kerana ku masih mencuba,
Untuk menjadi sahabat,
Sebagaimana Saidina Abu Bakar dan Rasulullah S.A.W.
Contoh persahabatan teragung dunia.


“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari
  



P/s:Khas buat seorang sahabat yang baru ditimpa musibah. Senyumlah kembali. Cek ada untuk menolong hang naaaa.. =)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...