Recent Posts

Sunday, September 4, 2011

"عيد مبارك" Salam Raya dari Perantauan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa dapat juga kita bertemu Hari Raya Aidil Fitri yang padanya kita dianjurkan bergembira kerana dua hari raya ini yakni (AidilFitri dan AidilAdha) merupakan satu anugerah Allah bagi mengganti perayaan yang disambut masyarakat Mekah pada zaman dahulu..

 tatkala Nabi s.a.w. tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk Madinah mempunyai dua hari kebesaran di mana mereka menyambutnya dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu baginda bertanya mereka; "Hari apakah yang kamu sambut ini?". Mereka menjawab; "Dua hari yang kami biasa menyambutnya (dengan mengadakan permainan) pada masa jahiliyah". Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada mereka;
قَدْ أَبْدلَكمُ الله بِهِمَا خَيْراً منهما: يومَ الأضحْى ويوْمَ الْفِطْر
"Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah". (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dengan sanad yang soheh)


.. Jadi,tidak timbul konsep bersedih-sedih yang kronik kerana pada hari raya tak kisahlah di mana sahaja kita beraya... di Malaysia ke, di Amerika ataupon di Perancis.... Tapi sejak akhir-akhir ini Hari Raya sering sahaja dikaitkan dengan kesedihan lebih-lebih lagi setelah mendengar lagu Dendang Perantau ataupun lagu Dari jauh ku pohon maaf huhu....sedihnyaaaaa.... Ini jelas sangat bertentangan dengan konsep raya itu sendiri, jadi, mahu buat apa.?  GEMBIRALAH... =)


Macam mana mahu bergembira? Kalau di kampung tu boleh lah tolong nenek buat lemang, melawat sanak saudara, menghabiskan kueh raya,kacau dodol semua2 itulah... Tapi bagi yang tidak dapat beraya bersama keluarga tidak kiralah atas urusan kerja mahupun pelajaran, saya seru, kita carilah kegembiraan.. Bagaimana? Dengan menghidupkan suasana ziarah-menziarahi, cari open house,dah pergi open house orang, kita pula yang buat open house, masak sama-sama, makan sama-sama,jemput ramai-ramai... haa.. kan seronok bunyinya tu.


Sebab, setelah 2 tahun beraya di mesir ini, apa yang saya dapat lihat Arab-arab ini semua kalau masa raya ni, bawa keluarga mereka ke taman-taman(camping macam ala2 pengakap)  ataupun pergi bercuti (balik kampunglah tu)... Jadi hasilnya sunyilah kediaman kami di Hayyu sabi' dari kehadiran arab yang satu masa dulu semasa ramadhan tidak tidur sampai subuh bermain kejar-kejar dan mercun di luar rumah (budak2 kecil)
Cuba kita fikirkan, kalau kita tak laksanakan (ziarah-menziarahi dan open house) itu sendiri, tersangat-sangatlah bosan di sini...


Sebagai contoh,hari raya pertama beraya di arma(kedutaan Malaysia di Kaherah) lepas tu balik da tak taw nak buat apa dah.. tidur je laaa.. lepas tu buka Facebook sampai malam... penyudahnya, meriah kat facebook je la... walaupun pada hakikatnya, sangatlah bosan beraya di sini... huhu..Kesimpulannya, semuanya kembali pada diri kita sendiri mahu 'menghidupkan' atau 'membosankan' raya kita disini..


Sejujurnya, saya amat sedih Ramadhan kali ini meninggalkan kita, sebab Ramadhan di sini memang lagi meriah lah daripada daripada hari Raya itu sendiri.. Hal itu dapat dilihat sendiri, Bila hari Ramadhan itu datang,  macam-macam lampu menyala-nyala, Fanus(lampu macam tanglung) menerangi malam... Ramai-ramai pergi Tarawih...Jaulah Tarawih(sebab banyak sangat masjid di sini), jaulah mai'daturrahman, buka sama-sama, sahur sama-sama.... tapi bila raya itu tiba semua itu bagaikan diragut... tapi insyaAllah kita akan bertemu Ramadhan pada tahun hadapan...doa-doakanlah... Apa yang penting sekarang kita terokai pula keni'matan yang ada pada raya itu sendiri..... insyaAllah... besok ada open house di rumah Negeri Perak... insyaAllah...


Baiklah, di sini saya kongsikan pengalaman saya beraya di sini untuk tahun yang ke dua...
Gambar2 jo lah yang adooo =)


Suasana di Suk Sayyarat selepas sembahyang raya=)





Mendengar khutbah Raya



Bergambar beramai-ramai



Persembahan lakonan cerita.... budak2 pon berlakon sekali.. haha..
oleh ikhwanul muslimin...



Time kasih pak arab sebab buat belon bueh banyak-banyak
baru r rase meriah sikit=)..syukran..



Banner2 Hari raya yang menarik..



Sunat-sunat di Hari Raya

1.Mandi sebelum keluar untuk bersolat
2.Makan sebelum keluar untuk bersolat (pada Hari Raya Aidil Fitri) dan makan selepas  bersolat  (pada Hari Raya Aidil Adha).
3.Berhias dengan secantiknya untuk hari raya dengan pakaian2 yang    
   baik.
4.Takbir hari Raya.
5.Mengucapkan Tahniah...
6.Pergi untuk bersolat menggunakan jalan yang berlainan dengan
   jalan untuk balik










.




Pak-pak arab semua mula pulang ke rumah..


Selamat hari Raya ya A'mmu




Tempat permainan untuk budak2


Persembahan penutup...




 "عيد مبارك يا صديقي "





Selamat Hari Rayaaaaa(sambil jerit)... haha



Matju dan Imran...muka bahagia di hari raya..



Menang cabutan bertuah..(kawan punya larr)



DMAK;Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah



Abang2 kedah menceriakan petang raya



Puasa 6.. insyaAllah



Islam kita "cinta"
Cintakan Allah, Iman
Cintakan Rasul,bukti/dalil(sunnah-sunnahnya)
Cintakan negara,Jihad
Cintakan ibubapa, Tanggungjawab
Cintakan Isteri,kasih sayang
Cintakan anak-anak,Rahmat
Cintakan saudara, pengutamaan
Cintakan manusia,bantuan/pemberian
Cinta merupakan Pengorbanan dan taat
Maksiat menghapuskan cinta.. 



Ketua chef beserta Wasim yang kacak..



Pura2 potong nenas sebab nak ambil gambar...haha



Sebelum jadi Nasi beriani....



Popia dalam pembikinan...=) sedappp wooo



Hari raya=)



Rumah terbuka ISMA



Bergambar bersama abang Huzaifah, Abg Affiq dan Abg Mukmin



Makan yogurt dengan Cik stone tersayang...haha



Juadah di rumah terbuka Kedah..



Dari rumah Kedah mahu Ke Rumah Selangor...
Matju paling bergaya..



Selamba je huru-hara dalam bas..haha



Jejaka Tampan malaya...



Rumah Selangor..



Muka Bahagia rakan-rakanku... semoga berkekalan...



Bergambar bersama abg2 dari Selangor..



Rumah Selangor yang GAH di persada A'syir..



Bergambar kenangan dengan rumah paling cantik di Mesir..=)



Matahari terbenam...Berakhirnya raya ke -3



Kamil dan Adam sedang melantak mee jawa ustazah2 noghoie buek...



Tak boleh blaa...Nak makan mee pon buat muka macho...haha



Tetamu mengambil juadah...






SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN



Kenapa hari raya dinamakan 'Id (العيد) dalam bahasa Arab?

Al-'Id (
العِيْد) adalah pecahan dari kalimah al-'aud (العَوْد) yang bermaksud kembali. Dinamakan hari raya dengan nama demikian kerana ia kembali (yakni berulang-ulang) pada setiap tahun atau kerana kegembiraan akan datang kembali dengan munculnya hari raya pada setiap tahun.

Wallahua'lam....

Thursday, August 25, 2011

Poster Terbaik Ramadhan!!!!

                Bismillahirrahmanirrahim.........

Untuk beberapa hari ramadhan yang tinggal ini, ingin saya berkongsi tentang poster-poster yang pada          pandangan saya amat menarik untuk dikongsikan.... Semoga bermanfaat...InsyaAllah...=)                                                     





                                
Mafhumnya: Sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan keimanan (melakukan perintah Allah) dan kecukupan (meminta ganjaran/doa hanya kepada Allah),akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu...

        


Mafhumnya: Terpenjara dengan kesalahan yang lepas menjadi sebab kita kehilangan bulan Ramadhan...
Yakni,kita terbiasa melakukan perkara-perkara yang buruk dan sia-sia sehingga apabila masuk bulan ramadhan, kita tidak mendapat apa-apa manfaat daripadanya...

Mafhumnya: Sia-sia dan rugi sesiapa yang telah sampai kepadanya Bulan Ramadhan, tetapi tidak ada keampunan untuknya (tidak mendapat keampunan Allah)..





Bulan Kebebasan.

Mafhum: Apabila tiba malam yang awal daripada bulan Ramadhan, dibelenggu Syaitan-syaitan dan jin dan ditutup semua pintu-pintu Neraka dan tidak akan dibuka satu pintu pun daripadanya dan dibukakan semua pintu-pintu Syurga dan tidak akan ditutup satu pintu pun daripadanya... Dan penyeru menyeru, Wahai pencari kebaikan, Tampilkanlah...dan Wahai pencari keburukan, Hentikanlah......... 





Revolusi Hati..
  • Jangan kamu berkata....Daripada mana bermula......Taat kepada Allah ialah permulaanya.....
  • Jangan kamu berkata...............Di mana jalanku....Syaria't (undang-undang) Allah merupakan hidayah(petunjuk)
  • Jangan kamu berkata....Di mana Nik'matku.....Cukuplah Syurga Allah (sebagai ganjaran)......
  • Jangan kamu berkata.........Saya akan bermula besok (bertangguh)....barangkali akan datang penghabisan..





24 jam Taa't (beramal) di Bulan Ramadhan..
Solat Berjemaah
Membaca Al-Quran
Bangun Malam (Qiamullail)
Berzikir/mengingati Allah pagi dan petang
doa' untuk menolong orang-orang miskin





Rahmat
Keampunan
Jaminan Syurga
Perlindungan dari Neraka
Cahaya daripada Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun





Selamat Menyambut Ramadhan (10 malam terakhir)
Semoga bertemu "Lailatul Qadr"
Wallahua'lam..

Friday, August 19, 2011

"مائدة الرحمن"..Ma'idaturrahman...penyeri Ramadhan...

   Bismillahirrahmanirrahim....


   Sedar tak sedar kita sudah pon memasuki hari ke-19 dalam bulan ramadhan..rasa kejap je da hari ke-19 kot...kalau tak sebelum ni, rasa lama je nak habis bulan ramadhan ni...mungkin sebab ramadhan kali ini lain dari yang lain..mungkin sebab ramadhan kali ini seronok..kan orang tua-tua kata..."kalau kita buat benda-benda yang kita suka, rasa sekejap sahaja masa itu berlalu..


   Jadi,apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah berkenaan ma'idaturrahman...tahu tak apa itu ma'idaturrahman?kalo search kat google pon ntah apa yang keluar...Untuk pengetahuan semua, ma'idaturrahman ni merupakan tempat untuk orang-orang berbuka puasa secara percuma..untuk semualah, tidak kiralah orang kaya atau orang miskin...tapi lebih diutamakan kepada orang miskin..semua makanan-makanan ini pula hasil daripada sedeqah orang-orang yang lebih berkemampuan dan ingin merebut pahala yang besar dalam bulan ramadhan ini..jadi,janganla nak memilih makanan sangat kalau sesiapa yang ingin mencuba.=)



   Ma'idaturrahman ni memang banyak dekat mesir tidak sama r macam malaysia,malaysia kebanyakannya kalau program berbuka puasa beramai-ramai(iftor jami'e) hanya terhad di masjid sahaja, tapi kalau ma'idaturrahman ini sendiri memang hampir di setiap pelusuk mesir ni ada terutamanya di kawasan yang penempatannya ramai...kadang-kadang kat sini ternampak satu ma'idaturrahman, jalan depan sikit jumpa lagi satu...kiranya,kalau tengah berjalan-jalan tu tak sempat nak balik ke rumah untuk berbuka...tanyalah arab-arab ni ma'idaturrahman yang terdekat...insyaAllah..sentiasa ada makanan untuk berbuka...

   Kebiasaannya, makanannya yang diberikan adalah nasi+ayam/daging+kuah....tetapi ada juga yang bagi "ish" ish=makanan macam lempeng tapi kembung kat tengah2..ade ruang r kat dalam...alaa...contoh gambar untuk ish...tu yang kat belah atas macam lempeng ngomannya tu....Nampak mewah kan?..sebab restoran yang support...terbaek kot...di Masjid i'badurrahman di hayyu sabiek tapi kena datang awal (dalam pukul 6) kalau tak habis..


Nasi+ayam+kuah kacang soya+halawah+puding susu

   Seandainya tak sempat nak mendapatkan makanan di masjid i'badurrahman sebab dah habis (maklumlah,makanan restoran support cepatlah habisnya) ada lagi 1 ma'idaturrahman dekat-dekat dengan masjid itu...ni kira kecemasan r ni....kalau di masjid ibad tadi kita makan dalam masjid..kalau di ma'idaturrahman ni pula makan di luar...wah..baru rasa meriah sikit...
  


   nasi+ayam+kuah kari kentang


  Pengalaman berbuka di hussein pula,dapat makan nasi yang rasanya ala-ala tomyam sikit dengan hayyan dan ash....walaupon 1 bekas je kongsi 3orang...KENYANG kot...makan tom yam ni teringat lak Malaysia...yang kagum tu,ada pak arab ni lek je habiskan makanan dia sorang-sorang yang kalau kami,perlukan kerjasama untuk menghabiskannya...tapi orang arab memang terkenal dengan makan banyaknye pon...

 Nasi rasa ala2 tom yam+daging(tapi da kena makanlah)


Bergambar dengan pak cik Arab yang berbuka bersama-sama kami=)

  
  Salah satu pengalaman paling best berbuka di sini...masa saya dan rakan-rakan saya pergi ke asfour di shoubra el kheimah, nak menemankan ayman dan abangnya membeli kristal....mula-mula iftor di masjid, makan "ارز بلبن"=nasi bersama susu dengan jus kurma.






..lepas tu,ada seorang arab ni tanya.

arab: da buka belum?
akram:dah, da makan ارز بلبن tadi...
arab:cukupke? marilah makan di rumah saya...=)
akram:tak pelah..(biasalah orang melayu,mula2 tolak)
arab:takpe2..jom...

  Apa lagi lepas tu memang melantak r...sampai tak habis..banyak sangattt makanan arab tu bagi...makanan yang da habis dia ganti pula dengan yang baru...siap bawak lagi yang baru daripada dapur....sampai tak muat la meja tu... ada dengar-dengar daripada abang ni,kira satu aib kalau kita tidak habiskan makanan di rumah orang arab ni...risau lah pulak... jadi saya bagi tahulah kat arab tu pasal perkara tadi..nasib baik arab ni memahami, siap kata lagi kalau dalam islam pon makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang...Alhamdulillah... lega..=)

Nasi+daging+kari terung+sambal kentang+ish+sup


 Bergambar dengan ayah angkat=)


dari kiri:ayman,akram,ayah angkat,khairi,kamil

   Lepas da habis makan tu pula,ayah angkat ni siap tolong hantarkan kami dengan tempat tunggu bas dan siap tolong tahankan bas dan bayarkan tambang...padahal baru kenal kat masjid tadi...Subhanallah...indahnya "اكرام الضيوف"memuliakan tetamu yang ditunjukkan....Dia siap suruh datang lah lagi lain kali dan bagi no.telefon dia kat kami semua(kira jadi ayah angkat lah tu kan) =) dan suruh kami datang lagi... agak-agaknya nak bawak apalah ye nak datang rumah dia nanti sebagai buah tangan dari Malaysia? ada cadangan?

   Jadi, bagi meniti hari-hari terakhir Ramadhan ni, marilah kita sama-sama mengistiqomahkan amalan kita... insyaAllah kita akan menjumpai malam lailatul Qadr 106:1-4.. hargailah ramadhan ini sebelum ia berlalu meninggalkan kita kerana "kita hanya menghargai sesuatu apabila kita kehilangannya"

"wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (2:183)

Wallahua'alam...

p/s:Maaf lama tak update blog.... kesan daripada tembakan daripada Akram... insyaAllah lepas ni akan di update selalu... =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...