Recent Posts

Tuesday, October 18, 2011

Cukuplah berMEGATRON..Mari berOPTIMUS PRIME !!!


   Alhamdulillah…second year telah menunjukkan taring-taringnya… bermula satu tahun yang baru, perjuangan yang baru, azam yang baru dan semangat yang baru untuk terus berjuang… Gembira… diri ini, serta semua rakan-rakan dapat bersama-sama meneruskan perjuangan untuk tahun yang ke dua… Lebih cabaran..lebih dugaan..yang secara tidak langsung menuntut usaha,mujahadah dan semangat yang lebih bebandin tahun lepas….

   Tapi terkesan dari cuti sem yang lepas..diri ini da ‘bertukar’ jadi malas… senang mengantuk… macam malas-malas je nak belajar… Tu lah…bila da banyak sangat berehat cuti hari tu… ni la antara hasil diagnosis yang dapat dilihat.. Teringat pula akan cerita transformers yang ditonton sehari sebelum bermulanya kuliah… siap hatrik lagi tu…sekali tiga2 sekuelnya… kesan dari propaganda rakan2 yang mengkhabarkan ceritanya TERBAEKKKKK… dan memang terbukti pon…mang terbaekkk…


   Jadi, bila dilihat dari satu sudut yang lain, umpamanya diri ini bagai bertukar kepada watak DECEPTICON(watak jahat dalam siri transformer) sebab diri ini makin hilang semangatnya…ruh dan kekuatan untuk 2nd year yang lebih mencabar ini…Lebih-lebih lagi pada hari yang lepas seorang rakan “THE FALLEN” (nama watak dalam transformer 2) telah merealisasikan namanya  kerana telah pulang awal ke rumah walaupon hakikatnya kuliah belum bermula lagi pon…sebab baru habis practical je …Jadi, apa kejadahnya semua ini? Mana semangat yang pada satu masa dulu membuak-buak…Nak datang kuliah tiap hari bagai…Nak Tanya dokter kalo tak faham something… nak dapat mumtaz tiap2 tahun…(azam pelajar-pelajar baru dulu).. Mana semangat itu?? tersungkur di tengah jalan...

   Ketahuilah…dalam kehidupan kita seharian kita kan sentiasa mengalami fasa2 ‘transformers’.. terutamanya hati kita ini… bukankah telah dikatakan hati kita ini sentiasa akan berubah-ubah, atas dasar itulah kita sentiasa berdoa agar hati ini sentiasa sentiasa teguh di jalanNya “Ya Muqollibal Qulub tsabbits Qulub A’la dinik”… kita sendiri sebagai manusia juga selalu terlupa kerana asal perkataan manusia itu sendiri bermaksud lupa…Jadi ubat bagi penyakit lupa ini adalah tazkirah/peringatan.. ”87:9- Oleh sebab itu, berikanlah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat” .......Seterusnya… kita juga haruslah menghalakan ‘transformation’ kita ini ke arah yang lebih baik, agar setiap hari itu ada manfaatnya untuk kita…halakanlah perubahan itu ke arah AUTOBOT (watak baik) di bawah pimpinan Optimus Prime(sahabat-sahabat yang menyedarkan) dan janganlah memilih untuk berubah kepada DECEPTICON (watak jahat) yang berada di bawah pimpinan MEGATRON (nafsu &syaitan)…     Mujahadah Li Nafsih..


autobots-gambar hiasan


Decepticons-gambar hiasan



   Ketahuilah…kita semua mempunyai tugas yang lebih besar… kerana kita bukan hanya hidup untuk menghadapi fasa-fasa kehidupan(kanak2,remaja,dewasa,kahwin,bapa,tua,mati) itu sahaja… tapi kita ada sesuatu yang lebih BESAR…lebih UTAMA… iaitu keranaNYA.. …barulah hidup kita lebih bermakna.. lebih bahagia dan insyaAllah di bawah keredhaannya…Marilah kita men’TRANSFOMER’kan niat kita ini di jalanNYA…niat untuk belajar…setiap langkah..setiap nafas…untukNYA dan AgamaNYA… terkesan daripada video ini..bagi sesiapa yang belum sempat untuk menonton… =)





  Jadi sudah-sudahlah kita transform ke arah MEGATRON dan mari kembali berTRANSFORM menjadi OPTIMUS PRIME(hero terbaekkkk transformer) dan menyelamatkan dunia !!.. tetapkan niat... tajdid niat.. ikhlaskan hati... semoga kita temui...

  "Katakanlah (Muhammad), Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, 
   Tuhan seluruh alam" 6:162

  Ketahuilah...

   "Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan. Sungguh Beruntung orang 
    yang menyucikan (jiwa itu). dan sungguh Rugi orang yang mengotorinya" 91:8-10

Wallahua'lam..

Wednesday, October 12, 2011

"Bermimpi Berjumpa Rasulullah S.A.W"


Bismillahirrahmanirrahim..






Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya setan tidak dapat menjelma sepertiku.
(Shahih Muslim No.4206)

Hadis riwayat Abu Qatadah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang melihat aku dalam mimpi, maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar (hak). 
(Shahih Muslim No.4208)




   Di sini saya ingin kongsikan sebuah video yang agak terkesan di hati ini.... Terdetik pula di hati siapalah kita di sisi Nabi...sedangkan di saat Baginda hampir menghembuskan nafas terakhir pon ,Baginda masih mengingati kita semua..."Ummati...Ummati...Ummati"...Kita pula.. Berapa banyak kita mengingati Baginda? Berapa banyak kita berselawat ke atas Baginda? Berapa banyak kita berselawat ke atasnya? Sedangkan nanti di akhirat kita ingin bersama-samanya... inginkan Syafaatnya...
Allah...Allah...Allah..



   Hayatilah video di bawah..







  Alangkah bertuahnya pelajar di atas dapat bertemu Rasulullah dalam mimpinya... kita dapat lihat kesungguhan dan keikhlasan hatinya... semoga dirinya sentiasa kuat untuk terus melangkah dalam dunia ini...

  Di bawah ini pula adalah video tentang persoalan seorang murid tentang bagaimana ingin bertemu Rasulullah S.A.W di dalam mimpi.... semoga bermanfaat...





  Sama ada kita berpeluang untuk bermimpi berjumpa baginda ataupon tidak... tidak penting.. kerana hanya insan-insan yang terpilih sahaja yang mendapat  nikmat yang sangat indah ini... Yang penting mari kita kenang kembali tentang kisah hidup Baginda... Kita kaji Sirah-Sirah Baginda... Kita cuba beramal dengan Sunnah-sunnah baginda selagi mampu...Kita cuba mencontohi akhlak baginda... Cuba meniru uslub Dakwah yang telah ditunjukkan dan baginda,,,dan yang paling penting, terus membela Agama Islam ini...dan selalulah berselawat kepada baginda...InsyaAllah kalau ada keinginan yang kuat..hati yang ikhlas... kita akan dapat bertemu dengan baginda.. Tidak di dalam mimpi..Di akhirat nanti.. itulah Nikmat yang paling besar... 
InsyaAllah...


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu


Law kana bainana...

p/s: Sekadar berkongsi apa yang terkesan di hati...kalau ada masa cuba tengok video law kana bainana di     
       youtube...http://www.youtube.com/watch?v=D-z1ci71bSk Terbaik..Osem..serius tak tipu.. =)

WallahuA'lam...

  

Monday, October 3, 2011

Ikhwah dari KISAS!!!


Bismillahirrahmanirrahim..


  
 Dahulu, diri ini tak mengerti apa-apa…tentang apa yang perlu dilakukan.. tentang erti tanggungjawab.. tentang erti khalifah..Al-Quran( 2:30)… yang sebenar…lalai… dan terus lalai..tak kenal erti dakwah.. dan hidup ni tahu nak berseronok je…nak jalan-jalan je…nak makan je… tiba-tiba hadir satu tangan menarik hati ini ke arah erti hidup yang sebenar…mengenal erti tanggungjawab pada diri ini..perlunya kepada dakwah.. perlunya kepada tarbiah..perlunya kepada satu pengislahan diri…sedangkan diri ini bukannya baik sangat…bukannya bertanggungjawab sangat..bukannya berukhuwah sangat…tidak melakukan hablumminallah dan hablumminannas (hubungan dengan Allah dan sesama manusia dengan baik)..

   walaupon ketika saat ini… masih cuba terus ke arah yang mendaki…ke arah yang lebih baik kerana syurga itu dikelilingi benda yang kita rasa berat..susah…nak buat… Tapi nak tak nak itulah tugas kita… sebagai manusia,sebagai khalifah,sebagai dai’e….kita tidak dapat lari dari tugas ini… walau macam mana pon kita cuba lari,cuba mengelakkan diri….inilah dia jalanku…Jalan kita semua….(Qul hazihi sabili-Yusuf 108) …Nikmat yang paling besar adalah dikurniakan sahabat yang menyedarkan,yang memberi qudwah yang baik,yang menjadi pendengar yang setia,yang sentiasa membantu dan yang selalu inginkan kebaikan diri kita…Allah…itulah nikmatmu yang paling besar…… Gembira,sedih,Marah, benci,menyampah,suka,duka semua akan selalu menjadi ingatan…kenangan…I’broh.. yang banyak mengajar hati ini…yang mendidik diri ini… untuk lebih mengenal erti keikhlasan…Adakah hati ini ikhlas di jalan ini?...…Masih mencari..dan terus mencari.. begitu sukar untuk ditemui erti keikhlasan itu yang sebenar….Tapi insyaAllah akan kutemui….akan kita temui jika kita terus mencari…mungkinkah..satu saat nanti,ketika kau sudah tiada di sisi ini…untuk menemani diri ini…. diri ini akan menjauh,mengelak atau berpaling dari jalan ini?….insyaAllah..tidak..keranaku tahu..wahai sahabat,kau akan sentiasa mendoakan hatiku ini sentiasa teguh..kukuh…kuat dan tabah dalam jalan yang mendaki ini…Yakni jalan menuju keredhaanMU…keampunanMU..”Ya muqollibal Qulub.. tsabbits Qolbi A’la dinik”..Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati ini,tetapkanlah HATI ini pada agamaMU…

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami..." Amiinnn...

p/s: Semoga diri ini terus kuat sepertimu…Sahabat..Walaupon engkau akan menANjauh dariku (Pindah 
       Rumah)...diriku akan sentiasa mengingatimu.... "Teringat kepada kisah dua orang sahabat yang salah    
       seorang darinya menjadi penyebab kepada seorang lagi sahabatnya di Neraka masuk ke Syurga    
       bersama-samanya atas dasar doanya kepada Allah yang hanya mahu melangkah masuk ke Syurga
       jika dia bersama sahabatnya yang diseksa di dalam Neraka"  


ITULAH KEKUATAN PERSAUDARAAN (UKHUWAH) =)

Add caption


"Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah," seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman..

Wallahua'lam...



Saturday, October 1, 2011

Bangkitlah Pemuda!!! (kita semualah)


Bismillahirrahmanirrahim…



   Setelah agak lama diri ini menyepi dari berkunjung ke masjid-masjid bagi menunaikan solat subuh,tiba-tiba hari ini hati ini digerakkan untuk bersembahyang subuh di Masjid yang agak berdekatan jugalah dari rumah noghoie Sembilan ni…Selalunya, kalau sebelum ini, solat subuh selalunya hanya di surau rumah negeri Sembilan je..tak tahulah kenapa,hari ini hati ini, nak pergilah sembahyang kat masjid luar….


   Kalau tak,sebelum ni pon nak bangun subuh tu pon agak payah sikit,selalu bila dah dengar iqomat baru lah diri ni reti nak bangun…kalau sebelum iqomat tu,mang cam tak nak bangun je…kalau orang kejut pon, pergi tidur balik dan tunggu sampai iqomat,baru bangun…jadi hari ni memang ada keajaiban r…macam ada semangat(hamasah) baru….kalau  ada keinginan dan semangat tu elok turutkan je r…bila lagi nak dapat nikmat macam ni kan.

  Alkisahnya,selesailah sudah sembahyang subuh tadi….agak sedap juga r imamnya baca…tengok sekeliling agak ramai juga lah Jemaah subuh pada hari ini. Selalunya kalau kat Malaysia tu dapat dalam 1 atau 2 sof je… Tapi di masid ni dapat lah dalam 4 atau 5 sof tadi…siap seimbang juga r antara golongan orang tua,muda dan remajanya….kalau dekat Malaysia tu,selalunya yang kita lihat di Masjid tu selalunya orang tua je…jarang la nak jumpa golongan-golongan muda ni…bukan nak kata Malaysia tak bagus…Cuma, mana yang baik tu bolehlah kita contohi,sebab antara perkara yang boleh mempengaruhi kita adalah suasana persekitaran kita dan orang-orang yang ada di sekeliling kita…

   Masa nak balik dari masjid tu pula tadi,ada balik dengan ada sorang pak cik arab ni, agak tua juga lah siap bertongkat lagi… Jalan punya jalan…tak sampai-sampai pon rumah pak cik ni (sebab sangkaan awal rumah pak cik ni dekat je)…akhirnya, bila dah sampai rumah noghoie sombilan pon,acik tu masih terus berjalan..huh..jauh la rumah pak cik ni ye…sebab masjid yang dikunjungi hari ini,agak jauh sikit la.. tapi ada r masjid yang lagi dekat….tu yang rasa ‘jauh’ tu walaupon sobonar ea takdo la jaoh mano pon…



   Jadi,apa yang boleh dapat kita bermuhasabah di sini,apa golongan muda/remaja seperti yang kita lakukan pada hari ini…di manakah golongan ini? Di manakah subuh golongan ini? Apa yang golongan ini telah sumbang? Cuba kita lihat,sedangkan pak cik yang tua ni pon boleh jalan kaki ke masjid..jauh tu…siap bertongkat lagi….kita pula berada di mana? Bila kita bangun untuk solat subuh?Dan paling penting,adakah kita berjemaah ataupon tidak?…

   Dari Abi Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda: “Perkara pertama yang akan dihisab (dihitung) seseorang hamba pada hari akhirat ialah sembahyang. Sekiranya baik (sembahyang) maka baiklah sekalian amalannya dan sekiranya buruk (sembahyang) maka buruklah sekalian amalannya” Riwayat at-Tirmizi




    Seharusnya,golongan muda ini lah yang mengi’marahkan masjid-masjid…kerana orang muda ini mempunyai sikap hamasah yakni semangat…bersemangat…jadi semangat ni harus disalurkan pada perkara yang betul…Dan bukannya pada perkara-perkara yang tidak elok sepertimana sejala-gejala sosial yang berlaku sekarang…Jadikanlah,semangat yang ada pada kita(para remaja) digunakan pada jalan yang betul..jadikanlah semangat kita ini untuk menjadi kekuatan untuk kita bangun subuh secara berjemaah,semangat berukhuwah,semangat perpaduan dan yang paling penting semangat untuk berdakwah…sebab

 “Tidak akan berganjak dua tapak kaki seseorang hamba sebelum dia ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, ke mana ia dihabiskan? Tentang usia mudanya, untuk apa ia digunakan?…” Lihat, meskipun muda itu sudah termasuk dalam usia keseluruhannya,namun usia muda itu disebutkan secara khusus memandangkan kepentingan usia tersebut dalam kehidupan seseorang..

   Kita perhatikan di dalam Hadis tersebut, Nabi s.a.w. mengibaratkan usia muda itu laksana pakaian yang kita pakai untuk satu tempoh tertentu, kemudian kita menanggalkannya. Maka wajar bagi kita mengambil peluang menggunakan usia muda dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya masa muda adalah satu nikmat paling besar sepanjang usia keseluruhannya dan ia adalah salah satu nikmat yang tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan masa lapang. 

   Jadi,hargailah masa remaja kita dengan sebaik-baiknya,dan ambillah sebanyak mana manfaat  yang boleh kita dapat dalam lingkungan usaha ini…sebab masa muda merupakan masa emas dalam hidup kita…memandangkan apa yang kita bentuk pada usia muda inilah yang akan menjadi cara hidup kita sehingga ke hari tua…Bentuklah diri kita dengan sebaik-baiknya…bukankah kita hanya menghargai sesuatu apabila kita kehilangannya.jadi,hargailah masa emas kita… Janganlah nanti apabila kita sudah tua nanti,kita menyesali apa yang telah kita lakukan pada masa muda dahulu..tidakkah kita melihat…dalam lingkungan usia inilah tokoh-tokoh islam dahulu mencapai saat kegemilangannya seperti Sultan Muhammad Al-Fateh membebaskan kota Konstantinopel pada ketika usianya hanya menginjak 23 tahun..Bagaimana Usamah mengetuai angkatan perang seawal usia 18 tahun…Ibnu Sina menghafaz Al-Quran pada seawal 10 tahun…L ihatlah kekuatan dan semangat(hamasah) yang ada pada remaja jika disalurkan pada tujuan yang betul…Marilah kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik…Diri ini pon takde lah hebat sangat, tapi untuk menyeru ini tak perlu diri untuk menjadi sempurna…kalau begitu sampai bila pon kita tak bergerak…Yang penting apa yang kita seru itu juga Cuba untuk dipraktikkan dalam hidup kita, Dan kita perlu cuba untuk menjadi yang lebih baik…Moga diri ini terus istiqomah….hayya Bina…


“Wahai orang-orang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?  (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” 61:10-11

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun rasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah,Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” 9:41

Berjihadlah dengan jiwa kita untuk terus istiqomah... =)


Dari Abi Barzah r.a Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari Kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara; pada umurnya dimana dia habiskan?; pada jasadnya pada apa dia gunakan?; pada hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana dia belanjakan?; pada ilmunya setakat mana dia amalkan? (Riwayat Muslim)

            :http://www.ahmadhasyimi.com/

Wallahua'lam..

Tuesday, September 20, 2011

With Great Power,Comes Great Responsibility...




   Bismillahirrahmanirrahim...


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)




   Teringat kepada filem spiderman yang satu masa dulu amat-amat sangat ku minati... kira sama taraf la dengan batman,pokemon,digimon,power rangers dan yang sewaktu dengannya ...haha... biasalah budak-budak... teringat kepada ungkapan pakcik ben kepada peter parker pada hari sebelum pak cik ben dibunuh yang peristiwa ini telah menjadi titik tolak bangkitnya keperwiraan spiderman....




"With Great Power, Comes Great Responsibility"



Apa yang dapat dikaitkan alam kehidupan ini melalui istilah ini adalah sejauh mana kita menjalankan  
tanggungjawab kita sebagai seorang 'pemimpin'.. Tidak hanya terhad kepada skop tanggungjawab seorang perdana menteri memimpin negaranya atau kepimpinan seorang ketua kepada anak-anak buahnya hadith di atas menerangkan dari sekecil-kecil tahap kepimpinan sehingga ke sebesar-besar tahap kepimpinan.. dari tahap seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat sehingga kepada
tahap seorang hamba... begitu halusnya penelitian islam dalam bab kepimpinan ini...

Hal ini kerana kepimpinan itu merupakan satu amanah kepada kita dan bagaimana cara kita 
melaksanakan amanah ini akan memberi kesan kepada orang lain....kalau kita tidak melaksanakan 
sesuatu amanah dengan  baik,kita tidak hanya memberi kesan yang buruk kepada diri kita bahkan juga kepada orang lain.. Dan dalam banyak perkara semuanya kembali pada diri kita sendiri sama ada mahu melaksanakannya ataupun mensia-siakannya...





Begitu juga dengan pensyariatan kita sebagai khalifah....

"Dan (ingatlah)ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat," Aku hendak menjadikan Khalifah di bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di 
sana sedangkan kami bertasbih memuji-MU dan menyucikan nama-MU?" Dia berfirman,"sungguh,aku 
mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." Al-Baqarah 2:30


Sebagai Pendakwah..
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh membuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"

Ali-Imran 3:104



Kalau yang lelaki tu,sebagai pelindung kepada perempuan..

"Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka 
(laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan)....................."
An-Nisa' 4:34

Ayat-ayat di atas adalah diantara contoh-contoh tanggungjawab yang dirakamkan sendiri Allah di dalam 
Al-Quran sebagai panduan kepada kita...Sedarlah, semakin jauh kita menempuhi hidup ini semakin banyaklah
beban tanggungjawab kita....Tapi jangan risau, Allah telah berfirman bahawa Dia tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita tanggung...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.........."
Al-Baqarah 2:286


Marilah kita sama-sama bermuhasabah, adakah kita telah melakukan semua tanggungjawab yang ditaklifkan ke atas kita... Pastinya ramai antara kita adalah dalam golongan pelajar...
Adakah kita telah melakukan tanggungjawab kita sebagai pelajar?
Bersungguh-sungguhkah kita?
Adakah kita menggunakan waktu-waktu kita sebaiknya?
Adakah kita mengambil manfaat sepenuhnya dari apa yang dapat kita pelajari?
Apakah?
Adakah?





Hanya kita mampu menjawabnya sendiri...sebab kita tak mampu nak menipu hati kecil kita
Mahkamah hati....

Bersaksilah... diri ini sendiri juga banyak mengabaikan tanggungjawab yang ditaklifkan tidak kiralah secara sengaja ataupun tidak sengaja...maaf kepada sesiapa yang terlibat... InsyaAllah mari kita berubah kepada yang lebih baik.... To be a better Khalifah at least to ourselves..


"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata,'Mengapa kamu menasihati kaum yang akan  
dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?' Mereka menjawab, 'Agar kami mempunyai  alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka
bertakwa."
Al-A'raf 7:164


Lihatlah...Nabi sendiri pon telah menyempurnakan tanggungjawab mereka sebagai alasan bagi mereka iaitu 
mereka telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan...
Alasan bagi mereka menghadapi Allah di hari pembalasan


Lalu, apakah alasan kita?
Renungkanlah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...