Recent Posts

Sunday, May 29, 2011

BAHAGIANYEEEE......^-^


Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki
UNIC-HAKIKAT BAHAGIA

   Lirik lagu nasyid ni memang yang terbaik, walaupun hakikatnya lagu ni da lama da ada…. Tapi baru sekarang dapat hayati =)
  Memang kalau kita ingin merasai kebahagiaan itu, semuanya kembali kepada diri kita sendiri.diri kita sendiri yang perlu bergerak ke arah kebahagiaan itu.kita sendiri yang perlu mencarinya… betul tak? Kalau kita sekadar nak sesuatu tapi tak berusaha ke arahnya tidak menjadi juga..contohnya lah kita berasa panas, tapi tak nak mandi, macam mana nak sejuk…kalau lapar, tapi taknak makan, macam mana nak kenyang?? Macam itu jugalah yang hendak saya kaitkan di sini,KEBAHAGIAAN ITU PERLU DICARI…

   Faham tak macam mana nak cari kebahagiaan itu? nak tahu tak? Ha…..  Tengoklah lirik lagu ‘hakikat bahagia-unic ni’….kan banyak cara-caranya tu…antaranya…
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 
  Apa yang kamu dapat daripada lirik di atas?rasa-rasanyalah??

 Pada pendapat sayalah, apa yang saya boleh dapat daripada lirik di atas, kita perlulah sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH…tak kiralah nikmat itu seiring dengan keinginan hati ataupun tidak…yang saya ingin maksudkan di sini ialah kita perlu ada sifat qanaa’h yakni sentiasa berasa cukup dengan apa yang kita ada.. dengan itu kita tidak akan berasa tidak puas hati dengan apa yang kita miliki.. dapat sikit ke, dapat banyak ke, Alhamdulillah…dan untuk menzahirkan kesyukuran itu,kita perlulah menggunakan nikmat itu sebaik-baiknya dan tidak mensia-siakannya seperti “Bila kaya jadi insan pemurah, 
Bila berkuasa amanah”…dengan itu hidup kita ini akan sentiasa berkat..dan hasilnya...: 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Kan senang macam ni…apa-apa yang menimpa kita pon tidak akan memberi kesan yang buruk kepada kita kerana kita tahu, setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya, dan Allah juga tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak mampu untuk kita pikul 2:286….kuncinya, kembalilah kepada Allah…

  Lagi satu, sentiasalah SENYUM, kerana senyuman itu permulaan untuk kebahagiaan dan dapat melapangkan hati orang yang melihatnya (senyuman anda itu) =)…. Bukankah senyuman itu juga adalah salah satu cara untuk bersedekah??tengok macam abg kacak kita kat bawah ni senyum....kan comel tuh=)


     Jadi, banyak-banyakkanlah sonyum=)… kalau ada rasa risau ke, takpon takut ke,gementar ke…..INGATLAH..

 Bukankah tuhan telah berfirman ketahuilah dengan mengingati Allah jiwakan menjadi tenang^-^ 13:28

    INilah gambar rakan-rakanku yang sentiasa MEMBAHAGIAKAN hari-hari yang ku lalui di sini=) 

SYUKRAN......

Friday, May 27, 2011

BERAPA BANYAK KITA BERSYUKUR???


Sedar atau tidak, dalam kebanyakan waktu….banyak nikmat yang ALLAH berikan kepada kita.. memang banyak sangat….kesihatan, harta, kebijaksanaan, kacak, cantik, kuat, tinggi…semua-semualah kelebihan yang ada pada kita ni..tapi berapa banyak waktu je hati kita ni ingat untuk bersyukur kepadaNYA..


 Cuba kita muhasabah diri kita, termasuk diri saya sendiri jugalah….ada tak kita bersyukur dapat kesihatan yang baik pada hari ini? Ada tak kita bersyukur kita masih mempunyai ibu bapa kita saat ini? ada tak kita bersyukur kita masih mempunyai sahabat-sahabat yang kita sayangi? Ada tak kita bersyukur dengan apa yang kita ada selama ini? kita ada handset yang canggih..ada kita bersyukur? Kita ada motor yang kira sedap jugalah untuk dibawa mengembara kan…ada kita bersyukur? Pasti tidak kan? Bahkan kita rasa tak puas lagi dengan apa yang  kita telah ada sekarang..kita dah ada handset….nak pula i-phone….dah ada baju…..beli lagi yang baru…kot murah tak pelah…ni yang mahal pula tuh…branded lagi…da ada kereta, nak lagi beli kereta yang bukan-bukan…….memang diri kita ni tak pernah nak puas dengan apa yang kita ada selama ni….


  KITA HANYA MENGHARGAI SESUATU APABILA KITA KEHILANGANNYA…..percaya tak?? Kalau saya memang saya sokong 100%....sebab dalam kebanyakan musibah yang menimpa diri ni….yang paling terasa adalah apabila kita KEHILANGAN SESUATU…….pernah tak anda kehilangan sesuatu?? Yang kira penting la bagi anda..  Mesti ada kan….rasa macam mana?....mesti rasa tak tentu arah kan? rasa nak sangat benda tu balik kan?..walau apa pun caranya…..kalau hilang dompet lah contohnya…dalam taxi….sangguplah nak kejar taxi tuh….walaupun da jauh da….dan bila rasa dah tak dapat kejar tuh….mesti kita berharap kepada seseorang yang akan menolong kita kan….kawan kita ke…kot tiba2 naik kereta…boleh kita tumpang dia untuk kejar taxi tuh…tak pon kawan kita tolong kejar sekali taxi tuh…. Kot kawan kita tuh sprinter ada lah gak faedahnya…dah tu…kita mulalah mengharapkan akan ada sesuatu keajaiban yang akan menolong kita….contohnya….tiba-tiba ada lampu merah lah kat depan tuh…jadi sempatlah untuk kita kejar taxi tuh….tak pon pakcik taxi tu perasan lah bila die tengok tempat duduk belakang….dan berkata ‘oh, budak tadi tertinggal dompet’ lalu patah semula ke tempat kita untuk memulangkannya….takpon cuba cari dalam beg…kot tiba-tiba ada…(walaupon hakikatnya kita dah tahu memang tertinggal kat dalam taxi tadi)….takpon kita mengharapkan orang yang naik taxi lepas kita tu jumpalah dompet kita tu dan dengan berbesar hatinya memulangkannya kepada kita…takpon nak 18sg sikit kita berharap….orang taxi tu accident lah kat depan tuh….sekurang-kurang kita dapat lah ambil dompet kita kat dalam taxi tu….ish3…pontingkan diri sendiri betul doakan orang macam tuh...nauzubillah…


 Dan akhirnya apabila kita rasa memang kita takkan jumpa ngan taxi tuh balik untuk mengambil dompet kita balik….kita akan kembali kepadaNYA,bertawakkal kepadaNYA,bernazar kepadaNYA……seandainya aku dapatlah balik dompetku ini akan ku sedekah 20 genih dekat fakir miskin…padahal sebelum ni nak bayar duit tambang taxi pon berkira…orang minta sedekah kat tepi jalan pon kedekut nak nafkahkan….


 Apabila difikir-fikirkan…ada hikmahnya ALLAH  turunkan musibah ini kepada kita…supaya…supaya…kita sedar…takada benda yang kekal kat dalam dunia ni….yang muda akan tua, harta yang banyak akan habis….handset yang canggih akan rosak….kereta yang mahal mana pon akan rosak…..YANG HIDUP AKAN MATI…setiap sesuatu ada pengakhirannya….
  Lagi satu cara untuk mengingatkan diri ini agar sentiasa bersyukur….ingin saya kongsikan di sini adalah apabila kita membandingkan apa yang kita ada sekarang ini dengan orang yang tak pernah dapat pun apa yang sudah kita miliki sekarang….faham tak…?? contohnya  apabila kita rasa tak puas hati lah kita tak dapat ikut kawan kita untuk makan kfc lah kononya, kita bayangkanlah orang yang tak pernah pun dapat makan kfc tu disebabkan tak ade duit…yang sentiasa kelaparan….bagi mereka dapat makan nasi pun cukuplah….kita pula, baru tak dapat makan kfc dah merungut…..kalau dapat makan kfc tuh pun bukan reti nak bersyukur…tak sedap takde sos lah…..takde coleslow lah….


 Maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada….bukankah,’SEBAIK-BAIK PILIHAN DALAM BANYAK PERKARA ADALAH YANG DITENGAH-TENGAHNYA’….terima seadanya….. jangan sampai kita dah kehilangan apa yang kita ada sekarang baru kita nak belajar untuk bersyukur….terima seadanya sahabat-sahabat kita walaupun mereka ada ada buat salah kepada kita…..kerana sesungguhnya satu hari nanti kita akan berpisah….hargailah ibu bapa kita sekarang ni…kerana satu hari nanti mereka akan pergi……jangan sampai kita dah kehilangan mereka semua baru kita nak hargai,,jangan sampai nikmat-nikmat yang selama ini kita kecapi ALLAH  tarik kembali gara-gara hati kita ni yang tak pernah kenal erti untuk bersyukur,,,,,ha….lagi satu pesanan….dompet tu jaga elok2….jangan tertinggal kat dalam taxi macam saya….pengajaran….pengajaran……wallahua’lam…

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan,'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatku) , maka pasti azab-Ku sangat berat"... 14:7..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...